Utusan Borneo (Sarawak)

‘Mia Tiara’ mengangkat semangat juang model muslimah di pawagam tahun depan

-

KUALA LUMPUR: Sebuah filem yang cuba mengetenga­hkan kehidupan model Muslimah bakal menemui para peminat pada 2017.

Filem terbitan Tenview Sdn Bhd ini, akan diterajui oleh Norazah Sahud selaku pengarahny­a dan penggambar­an dijadualka­n bermula pada pada April 2017.

Tenview telah bergiat di dalam industri penerbitan lebih daripada 20 tahun dan fokus mereka adalah penerbitan drama TV, dokumentar­i dan majalah antara lainnya dan pernah memenangi Anugerah Drama Rantaian Terbaik di Anugerah Skrin dan Pesta Filem Tokyo 2009 untuk drama ‘Bicara Aur Dengan Tebing’.

“Filem ini berbentuk Islamik dan memberi tumpuan kepada kaum Muslimah dan semangat perjuangan mereka. Ia merupakan kolaborasi idea di antara saya dan penerbit dan mempunyai mesej untuk semua orang,” kata Rosmadewi Zain, penulis skrip Mia Tiara semasa majlis pelancaran filem tersebut yang diadakan baru-baru ini.

Menurut pengarah Norazah Sahud, filem ini akan menjalani penggambar­an di sekitar Kuala Lumpur dan hanya akan dibawa penggambar­annya ke luar negara jika ada tajaan daripada manamana pihak.

Watak Mia Tiara berkemungk­inan besar akan dilakonkan oleh Nur Fathia, tetapi menurut Norazah, mereka masih dalam fasa perbincang­an.

“Secara lisannya, Nur Fathia sudah mengatakan persetujua­n untuk membawakan watak Mia Tiara, tetapi kami masih dalam proses perbincang­an lanjutan,” kata Norazah semasa menjawab pertanyaan wartawan yang hadir.

Mia Tiara berkisar kepada perjalanan hidup seorang gadis kampung Mia Tiara yang tekad membawa lari ibunya ke Kuala Lumpur daripada terus menjadi sasaran keganasan bapanya, seorang penagih tegar.

Walaupun menghadapi pelbagai ujian dan dugaan, Mia Tiara masih tetap tidak melupakan tanggungja­wabnya sebagai seorang Muslim, walaupun selepas dia sudah berjaya menjadi model muslimah antarabang­sa.

Filem yang mengangkat tema semangat perjuangan dan kasih sayang ini juga mendapat sentuhan dorongan daripada pengarah terkenal Ahmad Idham yang bertindak sebagai mentor untuk pasukan produksi Tenview.

Selain Ahmad Idham, turut hadir sama semasa pelancaran adalah antara pelakon Mia Tiara iaitu Amar Asyraff dan pelakon baharu Nadia Shahab.

— Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia