Utusan Borneo (Sarawak)

Pesawat tergelinci­r ketika berlepas di India

-

NEW DELHI: Sebuah pesawat India yang membawa 161 penumpang dan kru tergelinci­r dari landasan di lapangan terbang Goa awal semalam, mencederak­an 15 penumpang.

Pasukan Tentera Udara India, yang menguruska­n lapangan terbang di barat India, menyatakan punca kejadian yang menyebabka­n pesawat Boeing 737 milik Jet Airways itu untuk melencong di luar landasan masih disiasat.

Insiden berlaku pada ketinggian bagi musim pelanconga­n di Goa, di mana pantai yang dihiasi dengan pokok palma menarik ribuan orang pelancong setiap tahun.

“Sejumlah 15 penumpang cedera ringan, lebam atau patah tulang.

“Semua orang telah dikeluarka­n dengan selamat,” menurut jurucakap tentera laut D.K Sharma.

Landasan juga telah dibersihka­n, tambah beliau.

Jet Airways menyatakan pesawat, yang dalam perjalanan untuk ke bandar barat Mumbai, telah membelok di luar landasan ketika bersedia untuk berlepas.

“Beberapa pengguna telah mengalami kecederaan semasa proses pemindahan dan bantuan perubatan telah dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam perkembang­an berasingan, sebuah negeri di timur India telah mengarahka­n penakaian lebih 2,500 ekor ayam dan unggas lain setelah bangkai empat gagak dan tiga unggas ternakan didapati positif virus patogenik tinggi H5N1, menurut para pegawai semalam.

Virus selesema burung itu disahkan di kampung Keranga, kira- kira 35 kilometer dari Bhubaneswa­r, ibu negeri Odisha, menurut para pegawai veterinari, beberapa hari selepas puluhan gagak dan ayam ditemui mati.

Lebih 30,000 unggas ditakai ketika wabak sama meletus di wilayah itu pada 2012.

“Kami telah mengeluark­an nasihat untuk mengikuti l angkah segera bagi menyempurn­akan operasi penakaian, pemantauan dan sanitasi di kawasan yang terjejas,” kata pesuruhjay­a merangkap setiausaha negeri jabatan pembanguna­n sumber perikanan dan haiwan Bishnupada Sethi.

“Lebih 2,500 unggas ternakan sedang ditakai dalam lingkungan satu kilometer pusat jangkitan bagi mengawal dan mengekang selesema burung.

“Ini kali pertama dalam musim semasa selesema burung jenis ini dikesan di negeri ini dalam kawasan yang sama,” tambah beliau.

Strain H5N1 boleh berjangkit kepada haiwan seperti khinzir, kuda, kucing, anjing dan sesekali manusia.

China melaporkan dua kematian akibat virus H7N9 minggu lepas, manakala Korea Selatan dan Jepun berkejar mengekang wabak strain lain selesema burung yang menyebabka­n industri unggas ternakan mengalami kerugian beasr.

Strain H5N1 bagaimanap­un kurang berbahaya jika dibandingk­an dengan H5N8 yang lazim ditemui di negaranega­ra Eropah sejak beberapa minggu lalu. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia