Utusan Borneo (Sarawak)

Kotak hitam utama Tu-154 ditemui

Rusia teliti empat kemungkina­n punca nahas yang membunuh 92 orang itu

-

MOSCOW: Kotak hitam utama pesawat tentera Rusia yang terhempas Ahad lalu di LautHitamb­ersama92or­ang di dalamnya telah ditemui, menurut kementeria­n pertahanan kepada agensi berita tempatan semalam.

“Kotak hitam utama telah ditemui jam 5.42 pagi waktu Moscow, 1,600 meter dari pantai pada kedalaman 17 meter,” agensi memetik kata kementeria­n.

Agensi melaporkan kotak hitam tersebut akan diterbangk­an ke wilayah Moscow untuk diteliti pakar.

Kementeria­n menambah, 12 mayat dan 156 cebisan mayat telah ditemui di laut sejak nahas tersebut, di mana kesemuanya akan dihantar ke Moscow untuk pengenalan DNA.

Jet Tu-154 itu yang turut membawa lebih 60 anggota Koir Tentera Merah yang tersohor, dalam perjalanan ke pangkalan tentera Rusia di Syria sebelum terjunam luar pantai bandar peranginan Sochi hanya beberapa minit sejurus berlepas pada Ahad.

Perkhidmat­an keselamata­n persekutua­n Rusia kelmarin menyatakan mereka memfokus punca kejadian ke atas kesilapan juruterban­g, kesilapan teknikal, masalah minyak dan objek asing dalam enjin.

Jurucakap cawangan Sochi bahagian mencari dan menyelamat kementeria­n kecemasan mengesahka­n bahagian pertama pesawat telah ditemui di dalam air.

Tentera Rusia menambah, para penyelam telah menemui dua elemen mekanisme kawalan pesawat dan kemudian kementeria­n menyatakan sebahagian badan pesawat selebar 3.5 meter dan sepanjang 4.5 meter telah ditemui dan dibawa ke pantai pada malam kelmarin.

Tentera turut menyita sebahagian pantai Sochi ketika lebih 3,000 orang berkejar mencari mayat dan puing dalam operasi besar-besaran melibatkan 45 kapal, pesawat, helikopter dan dron, selain penyelam dan mesin dalam air kawalan jauh.

Jet Tu-154 itu menjunam beberapa minit sejurus berlepas jam 5.25 pagi waktu tempatan Ahad lalu dari lapangan terbang Sochi di mana ia singgah untuk mengisi minyak selepas terbang dari aerodrom tentera Chkalovsky di wilayah Moscow.

Sejumlah 64 anggota Alexandrov Ensemble, kumpulan muzik rasmi tentera, dan konduktor mereka Valery Khalilov.

“Me r e k a da l a m penerbanga­n ke Syria untuk menyokong dan meraikan percutian bagi anggota yang menjalanka­n khidmat ketenteraa­n di sana,” kata Perdana Menteri Dmitry Medvedev selepas merasmikan mesyuarat kerajaan yang kemudian bertafakur sejenak.

Turut berada di dalam pesawat ialah pegawai tentera, wartawan dan pekerja kebajikan popular Yelizaveta Glinka, juga dikenali sebagai Doktor Liza, yang membawa kargo bekalan perubatan untuk sebuah hospital di bandar pesisiran pantai Latakia.

Seorang lagi penumpang ialah pengarah jabatan kebudayaan kementeria­n pe r t a h a n a n An t o n Gubankov, yang bertugas mempopular­kan pasukan bersenjata termasuk menulis lagu ‘ Orang Sopan’ yang memperinga­ti pegawai pasukan khas yang memantau perampasan Crimea.

Upacara peringatan di tapak-tapak seperti pelabuhan di tengah Sochi, lapangan terbang Sochi, ibu pejabat Koir Tentera Merah di Moscow dan pejabat Fair Aid, NGO yang diketuai Glinka yang menangani golongan gelandanga­n di Moscow.

“Saya mengenali mereka semua.

“Saya tidak dapat mempercaya­inya dan tidak dapat menenangka­n diri,” kata Vladimir Kuznetsov, bekas anggota Alexandrov Ensemble yang hadir untuk memberi penghormat­an terakhir.

Tu-154 sebenarnya kerap terlibat dalam sejumlah nahas, antaranya pada April 2010 yang membunuh presiden Poland ketika itu Lech Kaczynski dan delegasiny­a, malah ia tidak lagi digunakan oleh syarikat penerbanga­n komersial di Rusia. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia