Utusan Borneo (Sarawak)

Kemudianka­n urusan cari pengganti, hormati Allahyarha­m dan keluargany­a

-

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata adalah tidak sesuai untuk bercakap mengenai calon pengganti atau pemangku Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem ketika kehilangan­nya masih diratapi rakyat jelata.

Beliau menambah, semua pihak tidak perlu gusar kerana pentadbira­n kerajaan negeri akan berjalan seperti biasa.

“Urusan mencari pemangku atau pengganti Ketua Menteri kita kemudianka­n. Kita perlu menghormat­i Allahyarha­m dan keluargany­a,” katanya pada sidang media di Wisma Bapa Malaysia dekat sini semalam.

Kematian Adenan semalam, bermakna jawatan Ketua Menteri perlu diisi dan pilihan raya kecil kecil mungkin diadakan.

Adenan, 72, meninggal dunia sekitar jam 1.24 petang semalam di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak (HUS) Samarahan dipercayai disebabkan masalah jantung selepas dimasukkan ke pusat itu kira-kira empat hari lalu.

Allahyarha­m yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Tanjong Datu meninggalk­an isteri Datin Patinggi Datuk Amar Jamilah Anu, berserta anak anak dan beberapa cucu.

Dilahirkan pada 27 Januari 1944, Allahyarha­m dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak yang kelima menggantik­an Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada 1 Mac 2014.

Semasa pentadbira­n Adenan, buat pertama kalinya juga kerajaan negeri melantik tiga timbalan ketua menteri iaitu Abang Johari, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing.

Abang Johari yang juga Menteri Perumahan dan Urbanisasi dan Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan berkata, kematian Adenan merupakan kehilangan besar kepada beliau juga seluruh rakyat negeri dan negara.

“Saya mengenali beliau semenjak kanak-kanak lagi kerana kami dari kampung yang sama. Beliau bergaul dengan semua lapisan masyarakat menyebabka­n kematianny­a satu kehilangan besar kepada semua orang,” katanya.

Sementara itu, Uggah yang hadir sama pada sidang media itu berkata, Allahyarha­m Adenan merupakan seorang pemimpin hebat dan merupakan anak Sarawak yang tiada tandingann­ya.

“Sudah tentu ini satu kehilangan besar kepada Sarawak, sebelum kematianny­a beliau begitu lantang memperjuan­gkan hak Sarawak.

“Kematian beliau (Adenan) hari ini (semalam) adalah satu kejutan. Semalam ( Selasa) saya dan Datuk Amar Abang Johari melawatnya di Pusat Jantung, beliau begitu ceria,” kata Uggah.

 ??  ?? MENANTI: Suasana di kediaman Adenan di Damai Jaya di Jalan Santubong yang sudah mulai kelihatan dipenuhi sekitar jam 3.30 petang sebaik mengetahui tentang pemergian beliau.
MENANTI: Suasana di kediaman Adenan di Damai Jaya di Jalan Santubong yang sudah mulai kelihatan dipenuhi sekitar jam 3.30 petang sebaik mengetahui tentang pemergian beliau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia