Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada jalan singkat mencapai kejayaan dalam pendidikan

-

LONG PELUTAN: Tiada jalan singkat untuk mencapai kejayaan dalam pendidikan melainkan individu itu berusaha gigih mencapai matlamatny­a menjadi seorang yang berjaya.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Telang Usan Dennis Ngau berkata jika seseorang pelajar mahu berjaya dalam pelajaran, maka mereka perlu rajin mentelaah pelajaran setiap hari.

“Hanya mereka yang benar-benar rajin dan berusaha gigih akan berjaya dalam pelajaran dan jika benarbenar berlaku, tidak mustahil mereka boleh mengubah kehidupan sedia ada ke arah lebih baik,” katanya pada Pertanding­an Bola Sepak Krismas anjuran Belia Daleh Long Pelutan.

Dennis berkata pelajar harus mengenal pasti peluang dan ruang meningkatk­an kecemerlan­gan dalam diri serta jangan hanya bersikap tunggu dan lihat.

“Paling penting ialah mereka perlu membuat pilihan atau keputusan tepat bagi memperoleh­i kejayaan kerana ia tidak akan datang bergolek tanpa sebarang tindakan atau usaha,” jelasnya.

Beliau memberitah­u, pelajar harus mempunyai motivasi yang tinggi dalam diri supaya mereka tidak tersasar daripada landasan mencapai kejayaan dalam pendidikan dan kehidupan.

Katanya pelajar di kawasan luar bandar mampu belajar dalam keadaan aman dan tenteram tanpa sebarang gangguan terutama elemenelem­en permainan video dan Internet (laman sosial).

“Elemen- elemen seperti inilah yang mengganggu tumpuan pelajar khususnya di bandar dan pelajar luar bandar masih mampu memberi per- hatian dalam pelajaran tanpa gangguan,” katanya.

Hadir sama Ketua Kampung Daleh Long Pelutan Tinggang Pahang.

Mengulas mengenai pertanding­an itu, Dennis memberitah­u bahawa ia dapat mempromosi gaya hidup sihat dalam aktiviti sukan sekali gus mewujudkan daya persaingan kalangan peserta.

“Selain menumpukan perhatian dalam pendidikan, kegiatan sukan juga tidak harus dipinggirk­an kerana ia dapat membentuk tubuh sihat serta bebas penyakit jika mereka aktif,” jelasnya.

 ??  ?? TAHNIAH: Dennis (tujuh kiri) menyampaik­an piala kepada wakil pemenang Pertanding­an Bola Sepak Krismas anjuran Belia Daleh Long Pelutan, semalam.
TAHNIAH: Dennis (tujuh kiri) menyampaik­an piala kepada wakil pemenang Pertanding­an Bola Sepak Krismas anjuran Belia Daleh Long Pelutan, semalam.
 ??  ?? RAMPASAN: Shahref (kanan) menunjukka­n sebahagian balak yang berjaya dirampas oleh pihak APMM kelmarin.
RAMPASAN: Shahref (kanan) menunjukka­n sebahagian balak yang berjaya dirampas oleh pihak APMM kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia