Utusan Borneo (Sarawak)

SOP baharu untuk tangani keganasan terhadap wanita, kanak-kanak diwujudkan

-

KUCHING: Kementeria­n Kebajikan, Wanita dan Kesejahter­aan Komuniti mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi menangani kes keganasan terhadap wanita dan kanakkanak.

Menterinya Datuk Fatimah Abdullah berkata ia berikutan kebimbanga­n terhadap peningkata­n jumlah kes tersebut setiap tahun.

Menurutnya, statistik menunjukka­n jumlah kes itu tidak konsisten yang merekodkan penurunan dan peningkata­n dalam tempoh lima tahun lalu.

Menjelaska­n perkara itu katanya, sebanyak 283 kes direkodkan pada 2012 berbanding 238 kes pada 2013.

Sementara itu, jumlah kes meningkat pada 2014 iaitu 358 sebelum menurun kepada 279 pada 2015.

“Tahun lalu (2016) jumlah itu kembali meningkat kepada 349 kes dan kini 2017 setakat 9 Januari, sebanyak 10 kes telah direkodkan.

“Perkara ini turut mengganggu kita meskipun baharu 9 hari memasuki tahun 2017, kita sudah mempunyai 10 kes dengan purata satu kes setiap hari,” jelasnya.

Fatimah berkata demikian semasa mengadakan sidang media di pejabatnya di Bangunan Baitulmakm­ur di sini, semalam.

Susulan itu, kementeria­n perlu mengambil langkah drastik dalam usaha menangani isu ini yang dilihat membimbang­kan.

“Oleh itu, kita menghasil- kan SOP baharu, walaupun memang sudah ada tetapi kita mahu memantapka­n SOP sedia ada.

“Menerusi SOP ini, proses menangani masalah keganasan terhadap wanita dan kanak- kanak dilaksanak­an dengan lebih berkesan, cepat dan cekap,” ujar Fatimah.

Apa yang penting katanya, mangsa kepada keganasan itu sendiri menjadi keutamaan untuk diselamatk­an.

Malah pemangsa juga bakal berdepan tindakan undangunda­ng, namun katanya mangsa perlu membuat laporan supaya tindakan dapat diambil.

Fatimah berkata pihaknya telah mengadakan dua Kursus LAB SOP Mentadbir Urus Kes Keganasan Terhadap Wanita dan Kanak-Kanak pada 15 hingga 17 Oktober dan 27 hingga 28 Disember lalu.

Seramai 42 peserta mengambil bahagian dalam kursus tersebut yang terdiri daripada pelbagai jabatan dan agensi berkaitan dengan menangani kes berkenaan.

 ??  ?? MOU: Abdul Hakim (dua kanan) bertukar-tukar dokumen dengan Renco (dua kiri) sambil disaksikan oleh Wong (kanan) dan Mohd Yusoff (kiri) di Sibu semalam.
MOU: Abdul Hakim (dua kanan) bertukar-tukar dokumen dengan Renco (dua kiri) sambil disaksikan oleh Wong (kanan) dan Mohd Yusoff (kiri) di Sibu semalam.
 ??  ?? FATIMAH
FATIMAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia