Utusan Borneo (Sarawak)

Manfaatkan krisis majukan industri pembinaan kapal

Lihat krisis ekonomi sebagai pintu terbuka menjadi lebih kreatif, inovatif dan bawa industri ke tahap lebih tinggi

- Oleh Florence Nervyn

SIBU: Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh menggesa industri pembinaan kapal melihat krisis ekonomi sebagai pintu terbuka menjadi lebih kreatif dan inovatif dan membawa industri ke tahap lebih tinggi.

Berucap pada Majlis Menandatan­gi Memorandum Persefaham­an (MoU) Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS) dan Kumpulan Gimhwak semalam, beliau sedar industri perkapalan melalui tempoh krisis dengan penurunan dalam permintaan kapal.

“Krisis itu sendiri tidak semestinya negatif, tetapi titik perubahan untuk kebaikan atau keburukan. Dalam perkataan Cina dan Jepun, krisis mempunyai dua makna iaitu bahaya dan peluang.

Krisis itu sendiri tidak semestinya negatif, tetapi titik perubahan untuk kebaikan atau keburukan. Dalam perkataan Cina dan Jepun, krisis mempunyai dua makna iaitu bahaya dan peluang.

“Terdapat peluang dalam masa krisis dalam erti kata lain, ia hanya mungkin berubah menjadi persaingan untuk orang yang bersaing,” katanya.

Pengerusi UCTS itu berkata, kerja keras sahaja tidak dapat membawa seseorang ke tahap yang lebih tinggi dan ia perlu digabungka­n dengan kreativiti dan inovatif.

Menurutnya, industri perkapalan di Sibu pada abad ke20 digunakan untuk mengangkut barang dan pengangkut­an masyarakat tempatan.

“Sungai Rejang dan Batang Igan adalah sungai- sungai utama. Saya sendiri menyaksika­n perubahan dalam industri perkapalan daripada bot ekspres generasi pertama dan bot tunda sehingga hari ini.

“Kapal-kapal yang dibina di Sibu dieksport ke seluruh dunia seperti Thailand, Filipina, Brazil dan Indonesia,” jelasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan.

Dalam dunia hari ini terutama industri perkapalan semakin kompetitif, Wong berkata, pemain industri perlu melengkapk­an diri dengan maklumat terkini dan menjadi lebih kreatif dan inovatif dalam apa juga perkara yang berlaku.

Majlis menandatan­gani MoU dilakukan antara Pengarah Eksekutif Kumpulan Gimhawak Renco Yong dan UCTS diwakili Naib Canselor Profesor Datuk Dr Abdul Hakim Juri dan disaksikan oleh Wong serta Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT) Datuk Dr Mohd Yusoff Sulaiman.

Dato Sri Wong Soon Koh Menteri Kewangan Kedua

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia