Utusan Borneo (Sarawak)

APMM Wilayah S’wak patahkan cubaan bawa balak haram

-

KUCHING: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sarawak berjaya menggagalk­an cubaan membawa tongkang dengan muatan balak haram yang baharu ditebang di Tanjung Po Selasa lepas.

Timbalan Pengarah Daerah APMM Daerah (Operasi) Shahref Steve Mac Queen Abdullah berkata tongkang tersebut ditahan sekitar jam 3.17 petang kelmarin (Selasa) di antara dua batu nautika timur Tanjung Po ketika rutin rondaan kapal APMM.

“Selepas diperiksa, didapati tongkang tersebut tidak mempunyai surat pelepasan pelabuhan yang menunjukka­n ia kargo, yang turut disyaki melanggar Ordinan Hutan Sarawak kerana sebahagian daripadany­a tidak mempunyai tanda khas daripada Jabatan Hutan Sarawak,” katanya ketika bercakap pada sidang media yang diadakan di Kompleks APMM di Muara Tebas semalam.

Menurut beliau lagi, tongkang tersebut membawa kargo dengan muatan sebanyak 1,350 balak telah berjaya ditumpas pihaknya sementara sembilan anak kapal ditahan dan diserahkan kepada Jabatan Hutan untuk menjalanka­n siasatan.

Beliau menyeru pengusaha balak untuk sentiasa mematuhi dan memahami undangunda­ng sedia ada kerana isu pembalakan amat sensitif di Sarawak.

Sementara itu, Pembantu Pengarah Jabatan Hutan (Bahagian Penguatkua­saan dan Pencegahan) Abdul Wahab Ahmad turut mendedahka­n daripada siasatan awal pihaknya mendapati balak tersebut di dokumenkan sebagai Balak Bergergaji dan dibawa dari Lingga ke Kuching.

Paling mencurigak­an apabila terdapat balak yang tidak bertanda diletakkan di antara balak yang mempunyai tanda bertujuan menyembuny­ikannya daripada pihak berkuasa.

“Atau ada kemungkina­n lain untuk mengelak atau mengurangk­an bayaran royalti kerana sebahagian daripada balak tersebut tidak dinyatakan dalam dokumen,” tambahnya.

Tegasnya lagi, pihaknya telah mendapat bayaran royalti sebanyak RM119,000 daripada yang disita tetapi belum memeriksa berapa jumlah bayaran royalti yang sebenar perlu dibayar seperti yang dinyatakan dalam dokumen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia