Utusan Borneo (Sarawak)

Pusat pemasaran produk luar bandar dibina

Pusat koordinasi dan sistem pemasaran dibina di seluruh S’wak membabitka­n kos RM8 juta

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Pusat koordinasi dan sistem pemasaran produk luar bandar khususnya berasaskan pertanian akan dibina di seluruh Sarawak tahun ini membabitka­n kos RM8 juta.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata pembinaan pusat pemasaran antara usaha kerajaan negeri di bawah Jawatankua­sa Transforma­si Ekonomi Luar Bandar (JTELB) memodenkan sektor pertanian dan mengkomers­ialkan produk luar bandar di negeri ini.

“Ketika ini terdapat beberapa isu berhubung pelaksanaa­n program ini dan kita akan memberi perhatian.

“Saya percaya dengan kerjasama semua pihak serta strategi luatan biru, saya amat yakin usaha memodenkan sektor pertanian dan meningkatk­an ekonomi penduduk luar bandar boleh dicapai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Transforma­si EkonomiLua­rBandar(JTELB) peringkat bahagian di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di sini semalam.

Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar berkata kerajaan negeri menyasar meningkatk­an pendapatan isi rumah petani atau penduduk luar bandar kepada RM4,000 sebulan menjelang 2020.

Beliau berkata berdasarka­n statistik ketika ini 33.1 peratus daripada penduduk luar bandar yang majoritiny­a petani mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan dengan kadar kemiskinan sebanyak 1.6 peratus.

“Mesyuarat hari ini (se- malam) Jawatankua­sa Tranformas­i Ekonomi Luar Bandar peringkat bahagian memberi maklum balas berhubung agensi-agensi yang terlibat, program dan projek bakal dilaksana serta peruntukan diperlukan termasuk kumpulan sasaran.

“Ini adalah sebahagian daripada inisiatif kerajaan negeri bagi memastikan program pembasmian kemiskinan ini diperhebat supaya kadar kemiskinan luar bandar iaitu 1.6 peratus (2014) dikurangka­n dengan ketara menjelang 2020,” ujarnya.

Mengulas lanjut mengenai mesyuarat itu, Uggah berkata ia melibatkan lima JTELB peringkat bahagian iaitu Kuching, Kota Samarahan, Serian, Sri Aman dan Betong.

“Kita ada jawatankua­sa di peringkat Kuching yang telah diluluskan kabinet untuk menyelaras semua program pembanguna­n khususnya program ekonomi termasuk pertanian di luar bandar.

“31 agensi terlibat dan untuk dua tahun akan datang (20162017) RM1.5 bilion telah diperuntuk­kan,” jelasnya.

Hadir sama Menteri Belia, Sukan dan Solidariti Dato Sri Michael Manyin Jawong, Menteri Muda Ekonomi Luar Bandar (Kawasan Pedalaman) dan Perladanga­n Datuk Francis Harden Hollis, Menteri Muda Bekalan Air (ADUN Tarat) Datuk Roland Sagah Wee Inn dan ADUN Bukit Semuja John Ilus.

Ketika ini terdapat beberapa isu berhubung pelaksanaa­n program ini dan kita akan memberi perhatian. Datuk Amar Douglas Uggah Timbalan Ketua Menteri

 ??  ?? RASMI: Masir (tengah) bersama Tuai Rumah Santok (kanan) sambil diperhatik­an ahli JKKK memotong reben di Jalan Kampung sebelum masuk ke rumah panjang terbabit.
RASMI: Masir (tengah) bersama Tuai Rumah Santok (kanan) sambil diperhatik­an ahli JKKK memotong reben di Jalan Kampung sebelum masuk ke rumah panjang terbabit.
 ??  ?? TINGKAT EKONOMI LUAR BANDAR: Uggah (tengah) pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankua­sa Transforma­si Ekonomi Luar Bandar (JTELB) peringkat bahagian. Turut kelihatan Sagah (kanan) dan Manyin.
TINGKAT EKONOMI LUAR BANDAR: Uggah (tengah) pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankua­sa Transforma­si Ekonomi Luar Bandar (JTELB) peringkat bahagian. Turut kelihatan Sagah (kanan) dan Manyin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia