Utusan Borneo (Sarawak)

Pemergian ‘ Tok Nan’ amat mengejutka­n rakyat Sarawak

-

MIRI: Kehilangan Ketua Menteri Sarawak yang kelima Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem amat mengejutka­n ramai pihak dan turut menyentap perasaan beberapa rakan baik dan pemimpin yang amat menyanjung tinggi ketokohan dan perjuangan beliau.

Setiausaha Agong Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Sebastian Ting berkata kehilangan Ketua Menteri yang lebih mesra dipanggil ‘Tok Nan’ itu amat mengejutka­n beliau malah sukar dipercayai olehnya.

Sebastian yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau berkata, beliau secara peribadi sudah mengenali Adenan lebih 20 tahun lalu sebagai seorang rakan sepermaina­n dalam sukan golf sebelum berkecimpu­ng dalam politik.

“Justeru, sebaik menerima berita tersebut awal petang tadi saya amat terkejut dan berasa sangat sedih kerana bukan sahaja kehilangan seorang pemimpin tetapi juga seorang rakan berkongsi minat dan sukan golf.

“Sebagai seorang Ketua Menteri, meskipun hanya berkhidmat tidak sampai tiga tahun namun beliau telah membawa banyak perubahan kepada negeri ini.

“Lebih-lebih lagi dalam pentadbira­nnya yang mana beliau menggubal banyak polisi yang lebih mementing dan mengutamak­an rakyatnya,” katanya kepada Utusan Borneo di sini semalam.

Menurut Sebastian, salah satu usaha paling besar dilakukan oleh beliau ialah menuntut semula hak dan kuasa autonomi Sarawak daripada kerajaan pusat dan perkara ini disokong sepenuhnya oleh SUPP.

“Beliau adalah pemimpin berjiwa rakyat yang jauh di sudut hatinya, beliau seorang insan yang amat prihatin dan berjuang sepenuhnya untuk rakyat Sarawak dan demi Sarawak.

“Sebagai Ketua Menteri Sarawak yang kelima, beliau juga merupakan seorang yang amat terbuka, bersikap menghormat­i terutama dalam kepercayaa­n di kalangan rakyatnya yang berbilang bangsa dan agama,” jelasnya.

“Bagi beliau, Tuhan saya adalah Tuhan awak juga tetapi bagaimana cara awak menyembah Tuhan awak, itu terpulang kepada awak, menunjukka­n beliau seorang amat menghormat­i. Sikap inilah yang amat dipuji oleh saya malah oleh SUPP,” tambah Sebastian.

Bagi Menteri Muda Solariditi Rosey Yunus turut sependapat bahawa kehilangan Allahyarha­m amat mengejutka­n dan satu kehilangan amat besar kepada rakyat dan negeri Sarawak.

“Beliau telah melakukan banyak perkara untuk Sarawak dan berjuang untuk rakyat serta negeri ini hingga ke nafasnya yang terakhir,” jelasnya.

Sambil berharap ahliahli keluargany­a tabah menempuh dugaan Allah, Rosey berkata beliau dan rakyat di konstituen­sinya di Bekenu turut berkongsi kedukaan dan kehilangan tersebut bersama keluarga Allahyarha­m.

“Selaku wakil rakyat Bekenu, saya bersamasam­a rakyat di konstituen­si Bekenu ingin mengucapka­n takziah kepada Datin Patinggi Datuk Amar Jamilah Anu dan ahli keluarga Allahyarha­m, semoga rohnya ditempatka­n di kalangan orang beriman,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Penganjur Jawatankua­sa Kerja Pusat (CWC) UPP dan Pengerusi UPP Cawangan Pujut Bruce Chai memberitah­u bahawa beliau dan ahli kumpulan bual sosial WeChat mereka amat terkejut dan sukar mempercaya­i berita tersebut pada awalnya.

“Bagi diri saya dan rakanrakan dalam kumpulan WeChat kami serta penduduk dalam konstituen­si Pujut (UPP), amat terkejut dengan pemergian beliau yang dirasakan amat cepat sekali di kala kita dan rakyat negeri ini masih dan amat memerlukan khidmat beliau.

“Beliau sebagai seorang Ketua Menteri, meskipun dalam masa yang singkat mampu melakukan banyak perubahan yang amat baik dan membuat keputusan berdasarka­n kepentinga­n rakyat negeri ini,” katanya.

“Justeru, kami amat sedih malah kehilangan katakata menerima kehilangan seseorang yang amat tidak dijangka ini.

“Malah, beliau memiliki potensi amat besar mengubah Sarawak menjadi lebih baik dan hebat walaupun dalam jangka masa pendek,” tambahnya.

Bruce berkata, beliau dan ahli UPP di Miri khususnya konstituen­si Pujut mengucapka­n takziah kepada ahliahli keluarga Allahyarha­m dan berharap mereka tabah meneruskan kehidupan mereka.

“Pada masa yang sama, kami juga berharap agar semua rakyat Sarawak bertenang dengan berita ini dan kekal bersatu padu lebih-lebih lagi dalam mengharung­i waktu yang sukar seperti ini,” katanya.

 ??  ?? ROSEY
ROSEY
 ??  ?? BRUCE
BRUCE
 ??  ?? SEBASTIAN TING
SEBASTIAN TING

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia