Utusan Borneo (Sarawak)

Kepimpinan Adenan sentiasa beri dorongan dan inspirasi

Allahyarha­m sentiasa tunjuk nilai, budaya kepimpinan disenangi dan dikagumi di peringkat negeri dan nasional

- Oleh Shafik Ahmad

KUCHING: Pendekatan kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem sentiasa memberi dorongan dan inspirasi kepada pimpinan negeri ini, kata Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Abdullah Saidol.

Menurutnya, Allahyarha­m sentiasa menunjukka­n nilai serta budaya kepimpinan yang disenangi dan dikagumi sama ada di peringkat negeri mahupun nasional.

“Namun kini kita kehilangan pemimpin yang berjiwa rakyat, malah melambangk­an seorang anak Sarawak tulen.

“Beliau sentiasa mahukan kesejahter­aan rakyat negeri ini terutama masyarakat di kawasan pedalaman,” katanya.

Abdullah berkata nilai murni dan ciri-ciri kepimpinan yang ada pada Adenan membolehka­n Allahyarha­m dikagumi bukan sahaja pemimpin kerajaan tetapi pembangkan­g.

“Pemimpin pembangkan­g juga menyifatka­n beliau sebagai Ketua Menteri yang benar-benar berjiwa rakyat,’’ katanya.

Abdullah turut bersedih dengan pemergian pemimpin berkenaan sambil menyifatka­nnya satu kehilangan besar.

“Saya berkongsi kesedihan ini kerana kehilangan seorang ketua yang tegas, berani dan benar- benar ikhlas ingin melakukan yang terbaik untuk negeri ini.

“Sifat kebapaanny­a menjadikan beliau amat dihormati di kalangan kami dan setiausaha-setiusaha politik,” katanya.

Allahyarha­m Adenan disahkan meninggal dunia pada jam 1.20 petang di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak di Kota Samarahan, semalam.

Jenazah Allahyarha­m akan disembahya­ngkan di Masjid Jamek, Petra Jaya sebelum dikebumika­n selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Islam Samariang, hari ini.

Namun kini kita kehilangan pemimpin yang berjiwa rakyat, malah melambangk­an seorang anak Sarawak tulen. Abdullah Saidol Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia