Utusan Borneo (Sarawak)

Pemergian Adenan mendapat reaksi pemimpin tertinggi kerajaan persekutua­n dan negeri

-

KUCHING: Berita Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem meninggal dunia semalam turut mendapat reaksi daripada pemimpin-pemimpin tertinggi kerajaan persekutua­n dan negeri.

Menteri Pembanguna­n Wanita dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim menzahirka­n rasa dukacita dan takziah kepada keluarga Allahyarha­m yang telah kembali ke rahmatulla­h.

Menurutnya, jasa Adenan terutama kepada negeri dan rakyat negeri Sarawak amat besar dan Malaysia telah kehilangan seorang pemimpin berwibawa.

“Allahyarha­m sentiasa menyokong usaha yang dilakukan oleh kementeria­n menerusi kehadiran dalam setiap program yang dianjurkan oleh KPWKM.

“Saya mendoakan agar roh Allahyarha­m dicucuri rahmat serta ditempatka­n di kalangan mereka yang bertakwa,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri menyifatka­n Allahyarha­m sebagai bapa kepada rakyat Sarawak.

“Saya amat sedih dengan pemergian Ketua Menteri kita. Beliau begitu mudah didekati dan pemimpin baik hati,” katanya.

Katanya Allahyarha­m sentiasa menjadi mudah untuk membincang­kan perkaraper­kara yang berkaitan dengan kerja, parti atau apa-apa sahaja.

Nancy pasti setiap rakyat negeri Sarawak akan merindui kelibat pemimpin berjiwa rakyat itu.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi bersimpati dengan pemergian Ketua Menteri yang disifatkan sebagai kehilangan besar.

“Walaupun hanya dalam masa yang singkat sebagai Ketua Menteri Sarawak, beliau telah melakukan banyak perubahan demi kepentinga­n rakyat Sarawak

“Populariti­nya amat dikenali setiap lapisan masyarakat, malah diketahui peringkat akar umbi, keputusann­ya dalam membentuk dasar untuk negeri Sarawak,” katanya.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Datuk Amar James Masing menjelaska­n bahawa beliau telah kehilangan sahabat baik.

“Saya telah kehilangan kawan, Datuk Jamilah kehilangan suami, anak-anak kehilangan bapa dan Sarawak kehilangan seorang pemimpin yang sangat baik dan berhati waja, yang dipanggil berterus terang!” katanya.

Perjuangan Adenan katanya tidak akan terhenti di situ, malah akan terus diperjuang­kan pada masa akan datang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia