Utusan Borneo (Sarawak)

Pemergian Adenan amat dirasai kaum Orang Ulu

-

MIRI: Pemergian tidak dijangka Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak Kota Samarahan kira-kira jam 1.20 petang semalam merupakan satu kehilangan besar kepada rakyat Sarawak khususnya di kawasan luar bandar.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Telang Usan Dennis Ngau berkata pemergian Adenan bukan sahaja berita yang mengejutka­n malah dirasai rakyat di bawah konstituen­sinya.

“Beliau amat disayangi dan dihormati masyarakat terutama mereka yang tinggal di kawasan luar bandar.

“Sepanjang tempoh beliau berkhidmat untuk Sarawak banyak projek pembanguna­n dilakukan bukan sahaja di kawasan bandar malah menumpukan pembanguna­n rakyat luar bandar di Telang Usan bagi bersama menikmati pembanguna­n berterusan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurut Dennis, pemergian Adenan turut dirasai sebagai kehilangan amat besar dalam kalangan masyarakat Orang Ulu yang sentiasa mengharapk­an pembanguna­n.

Katanya Adenan telah meluluskan projek terbesar di Telang Usan iaitu Jambatan Long Lama menelan belanja kira-kira RM70 juta.

“Ini adalah projek terbesar yang diberikan kepada Telang Usan dan kami amat berterima kasih dan berbesar hati dengan kelulusan projek yang diberikan tersebut,” tambahnya.

Sementara itu, berkongsi pandangan sama ialah Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil yang turut menyifatka­n pemergian Adenan sebagai satu kehilangan besar.

ADUN Marudi itu berkata, Adenan seorang pemimpin yang dihormati dan disegani atas perjuangan­nya mempertaha­nkan hak-hak rakyat Sarawak.

“Beliau ibarat perjuang yang hebat kerana dalam tempoh perkhidmat­an beliau yang singkat, Adenan sentiasa berusaha memastikan hak rakyat pelbagai kaum di Sarawak terjamin.

“Adenan pemimpin yang amat berjuang untuk rakyatnya tidak kira bangsa dan agama.

“Pembanguna­n dan kesejahter­aan kehidupan masyarakat luar bandar sentiasa menjadi keutamaann­ya,” jelasnya.

 ??  ?? DENNIS NGAU
DENNIS NGAU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia