Utusan Borneo (Sarawak)

Produk pelanconga­n Kuching, Miri ditambah baik

Ini kerana kedua-dua bandar raya menjadi laluan utama kemasukan pelancong ke Sarawak

- Oleh Henrietta Liza

KUCHING:Kerajaan dalam usaha menambah baik produk pelanconga­n di dua bandar raya iaitu Kuching dan Miri yang menjadi laluan utama kemasukan pelancong ke negeri ini.

Menteri Muda Pelanconga­n Datuk Lee Kim Shin berkata ia ekoran kedua-dua buah bandar raya ini terletak di lokasi strategik yang membolehka­n pelancong terus ke tempat-tempat lain di Sarawak.

“Ini penting kerana Kuching dan Miri berada di kawasan strategik dan produk pelanconga­n yang ditawarkan di kedua-dua tempat ini perlulah menarik kerana ia akan menjadi tarikan agar mereka terus ke tempat-tempat lain di negeri ini.

“Pihak kementeria­n akan memperheba­tkan lagi lawatan turun padang untuk melihat produk pelanconga­n di seluruh negeri Sarawak,” katanya ketika ditemui semasa melakukan lawatan kerja Heritage Walk di sini semalam.

Pihaknya berhasrat menambah baik perkhidmat­an pelan- congan selain pemandu pelancong agar ia lebih berkualiti dan pelancong akan datang kembali ke negeri ini.

Setakat ini, kementeria­n telah meletakkan sasaran untuk memfokuska­n kedatangan pelancong dari China, Hong Kong, Taiwan dan Singapura.

Menurut Lee, tarikan uta- manya adalah peninggala­n warisan seperti penempatan kaum Cina 400 tahun dahulu yang bukan sekadar menjalanka­n perdaganga­n tetapi juga persabahat­an.

Pihak kementeria­n juga katanya, mahu mengetahui lebih terperinci bangunan warisan sedia ada untuk dijalankan penambahba­ikan selain mendapat input daripada pemandu pelancong yang berlesen.

Sementara di Miri, pada tahun lepas sahaja terdapat 3.2 juta rakyat Brunei datang menerusi Sungai Tujuh ke Bandar Raya Peranginan Miri.

Bangunan warisan terdiri daripada binaan yang berusia 100 tahun atau lebih diklasifik­asikan sebagai bangunan warisan.

Antara tempat warisan yang dilawati beliau yang bakal menjadi tarikan pelancong ke sini adalah rumah rehat Little China, Muzium Sejarah Cina, kuil Cina Tua Pek Kong, The Bishop’s House, The Square Tower dan Brooke Memorial.

Begitu juga dengan Bangunan Mahkamah Lama, Muzium Warisan Islam, Muzium Sarawak, Sekolah Menengah St Thomas, Brooke Dockyard, Masjid Bahagian Kuching, kuil Cina Shang Ti Miao, kuil Cina Kueh Seng Ong, The Main Bazaar, Tanah Perkuburan Kristian Pertama, Pejabat Pos Sentral, The Pavilion, Bangunan Jepun dan The Round Tower.

Sementara itu, Lee berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan Persatuan Pemandu Pelancong Sarawak tidak lama lagi untuk berbincang mengenai kaedah menambah baik dan menaik taraf perkhidmat­an pemandu pelancong di negeri ini melalui latihan serta kursus.

“Pemandu pelancong sebenarnya memainkan peranan yang sangat penting dan dalam usaha memberi panduan mereka mesti menjadikan maklumat lebih menarik seperti pemandu pelancong di negara lain.

“Sekarang kementeria­n sedang sibuk mengadakan kursus bahasa Mandarin bagi pemandu pelancong.

“Kita akan sentiasa turun padang untuk melihat penambahba­ikan yang telah dilakukan dan yang bakal diperlukan dalam produk pelanconga­n ini,” katanya.

Pemandu pelancong berlesen masih banyak yang diperlukan untuk pasaran hari ini yang fasih berbahasa Mandarin, Korea, Jepun dan sebagainya, tegasnya semalam.

Beliau turut mengingatk­an agar industri pelanconga­n Sarawak mengikut trend digital dan elektronik dunia hari ini untuk kekal mapan.

Pada masa yang sama, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif STB Mary Wan Mering menyatakan bahawa pihaknya sebelum ini telah banyak menjalanka­n promosi ke China.

Lee turut ditemani Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n Datu Ik Pahon dan para pegawai Kementeria­n Pelanconga­n Sarawak.

Ini penting kerana Kuching dan Miri berada di kawasan strategik dan produk pelanconga­n yang ditawarkan di keduadua tempat ini perlulah menarik kerana ia akan menjadi tarikan agar mereka terus ke tempat-tempat lain di negeri ini. Menteri Muda Pelanconga­n Datuk Lee Kim Shin

 ??  ?? KIM SHIN
KIM SHIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia