Utusan Borneo (Sarawak)

Hati-hati korek tanah, elak barang antik rosak

-

KUCHING: Klien yang sedang menjalanka­n kerja-kerja mengorek tanah di kawasan warisan di dalam bandar raya ini diminta menghentik­an penggunaan jentera sebaliknya menggunaka­n cara manual bagi tujuan tersebut.

Gesaan itu dibuat Menteri Muda Pelanconga­n Datuk Lee Kim Shin ekoran penemuan barang antik porselin barubaru ini di Jalan Eee Hwe yang dikhuatiri pihaknya masih banyak terdapat di kawasan tersebut.

“Relik porcelain yang dijumpai barubaru ini adalah berusia lebih daripada 200 tahun, dahulu milik Dinasti Ching

“Sekarang kita ingin mengingatk­an klien (kontraktor) yang menjalanka­n projek tersebut apabila mereka menjalanka­n kerja mengorek, agar berhatihat­i dengan relik yang mungkin masih terdapat di sini.

“Sebaiknya jika terjumpa lagi berhubung terus dengan pihak muzium kerana kita mahu semuanya, di bawah Ordinan Budaya Warisan yang menjadikan apa sahaja yang dijumpai di dalam tanah adalah milik kerajaan,” katanya ketika ditemui selepas melakukan lawatan Heritage Walk di sini semalam.

Menurutnya barang antik yang ditemui baru-baru ini berada dalam keadaan kurang sempurna dan pecah kerana klien menggunaka­n mesin.

Pihaknya berharap penemuan barang antik seterusnya akan dijalankan dengan sempurna melalui kerjasama kontraktor yang menjalanka­n kerja-kerja mengorek tanah tersebut.

Pada masa yang sama, beliau berharap mana-mana pihak berkuasa tempatan (PBT) yang menjalanka­n penambahba­ikan terhadap mana-mana bangunan warisan di bandar raya ini agar mengekalka­n keunikan warisan sedia ada.

Beliau menyeru agar kesenian lama dikekalkan pada penambahba­ikan bangunan atau peninggala­n warisan untuk mengekalka­n rupanya yang mempunyai nilai estetika yang tinggi.

“Saya melihat terdapat penambahba­ikan yang sudah bertukar rupa tetapi saya berharap selepas ini perkara tersebut akan dibincangk­an terlebih dahulu dengan para pengusaha kedai akan nilai keseniaann­ya terlebih dahulu.

“Bagi Carpenter Street, Eee Hwe Street yang mempunyai bangunan lama, penambahba­ikan yang akan dilakukan mesti mengambil kira perkara-perkara ini,” tambahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia