Utusan Borneo (Sarawak)

Penubuhan 31 Briged Sempadan di Sarawak dipergiat

498 orang yang direkrut baharu sahaja tamat latihan, ditugas di Batalion Rejimen Sempadan seluruh negeri

- Oleh Jessica Jawing

KOTA SAMARAHAN: Inisiatif menubuhkan 31 Briged Sempadan di seluruh Sarawak kini sedang giat dijalankan dengan 498 orang yang direkrut baharu sahaja menamatkan latihan mereka.

Panglima 1 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Stephen Mundaw berkata, mereka yang telah tamat latihan itu akan ditugaskan di Batalion Rejimen Sempadan yang sedia ada di seluruh negeri.

“Kita dalam proses membangunk­an kekuatan serta menambah aset-aset selain mencari pos kepada mereka yang telah tamat ini untuk ditempatka­n.

“Usaha ini akan berterusan dari 2017 hingga 2018 sehing- ga 5 Batalion akan dipenuhi dan boleh menjalanka­n tugas sebagai Rejimen Sempadan untuk menjaga keselamata­n, memantau serta mengawal sempadan kita dengan Indo- nesia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan perbarisan Kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA) Institut Tadbir Awam Negara ( INTAN) di X-Ray Camp, Survival Village 10 Rejimen Renjer Diraja (RRD), di Kompleks Kem Muara Tuang di sini, semalam.

Tambah Stephen, kesemua 498 oang yang telah direkrut itu akan melapor ke unit-unit Rejimen Sempadan dan unitunit lain untuk bertugas.

Mengulas lanjut, beliau berkata daripada aspek hubungan antara sempadan Indonesia dan Sarawak (Malaysia) tidak ada sebarang masalah atau isu kerana kerjasama yang erat kedua-dua pihak.

“Kita mempunyai pos di mana kita duduk bekersajam­a selain meronda bersama dan sebagainya dan saya sentiasa berhubung dengan ketua mereka di sana.

“Bagi Angkatan Tentera Darat, kita mencapai hubungan baik selain daripada mengadakan latihan bersama dari tahun ke tahun,” katanya.

Hadir sama Panglima 3 Briged Brigedier Jeneral Mohd Bustaman Mat Zin.

Kita dalam proses membangunk­an kekuatan serta menambah aset-aset selain mencari pos kepada mereka yang telah tamat ini untuk ditempatka­n. Panglima 1 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Stephen Mundaw

 ??  ?? PRIHATIN: Ketua Kaum Kampung Muhibbah Nordin Yusuf (empat kiri) mewakili mangsa kebakaran menerima bantuan daripada orang ramai termasuk kelab permotoran di Miri.
PRIHATIN: Ketua Kaum Kampung Muhibbah Nordin Yusuf (empat kiri) mewakili mangsa kebakaran menerima bantuan daripada orang ramai termasuk kelab permotoran di Miri.
 ??  ?? STEPHEN
STEPHEN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia