Utusan Borneo (Sarawak)

61 bakal PTD memulakan kursus Modul Pertahanan Diploma Pengurusan Awam

-

KOTA SAMARAHAN: Seramai 61 bakal Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) semalam memulakan kursus Modul Pertahanan Diploma Pengurusan Awam (DPA) Institut Tadbir Negara (INTAN) Siri Ketiga mereka.

Diadakan di X-Ray Camp Survival Village 10 Rejimen Renjer Diraja ( RRD) di Kompleks Kem Muara Tuang di sini, ia merupakan susulan daripada Siri Pertama dan Kedua sebelum ini juga melibatkan peserta dan jurulatih yang sama.

Bagi memulakan program majlis perbarisan diadakan yang disempurna­kan Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia Mejar Jeneral Datuk Stephen Mundaw di kem berkenaan semalam.

Stephen ketika ditemui selepas majlis perasmian berkata, kursus berkenaan amat penting kepada kadet bagi terus memperbaik­i program serta mengekalka­n momentum yang terlibat.

“Program ini mendedahka­n peserta iaitu kadet INTAN kepada isu-isu strategik, operasi dan taktikal berkaitan kententera­an atau pertahanan negara.

“Mereka berada di sini selama dua minggu mengikuti kursus yang memberi pendedahan supaya mereka memahami konsep secara keseluruha­n tentang pertahanan negara, bagaimana peranan tentera dan sumbangan tentera kepada negara di samping menjaga keamanan dan keselamata­n,” katanya.

Tambah Stephen, kursus yang disediakan memberi pengetahua­n dan pendedahan kepada organisasi tentang peranan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) secara keseluruha­n.

Katanya ia penting untuk difahami oleh peserta sekali gus akan menyumbang kepada pembanguna­n negara seterusnya memahami kehidupan tentera.

Terdahulu dalam ucapannya beliau berharap semasa kursus diadakan, para peserta turut akan menekankan modul yang didedahkan terutama berkaitan budaya kehidupan kententera­an.

“Dari segi aspek ini peserta harus melihat bagaimana semangat kesatuan ditunjukka­n anggota tentera semasa bekerja dan ia adalah amat penting.

“Jika tidak ada sinergi atau keseragama­n dari segi prosedur serta pelaksanaa­n maka susah untuk tentera memainkan peranan mereka,” tegasnya.

Selain itu Stephen mahu peserta turut menitikber­atkan perkara berkaitan kepimpinan dalam tentera yang mementingk­an integriti dalam apa sahaja yang mereka laksanakan.

“Jika kita diberi tugas kita harus laksanakan ia dengan sebaik mungkin dengan berlandask­an integriti dan ketelusan,” kata beliau.

Hadir sama Panglima 3 Briged Brigedier Jeneral Mohd Bustaman Mat Zin.

 ??  ?? TERBAIK: Stephen (barisan ketiga depan, tengah) bersama tetamu jemputan lain beraksi dengan para peserta kursus yang diadakan di X-Ray Camp Survival Village 10 RRD di Kompleks Kem Muara Tuang, semalam.
TERBAIK: Stephen (barisan ketiga depan, tengah) bersama tetamu jemputan lain beraksi dengan para peserta kursus yang diadakan di X-Ray Camp Survival Village 10 RRD di Kompleks Kem Muara Tuang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia