Utusan Borneo (Sarawak)

Nasib 15 keluarga mangsa kebakaran mendapat perhatian

-

MIRI: Nasib 15 keluarga mangsa kebakaran di kawasan setinggan Kampung Muhibbah, Kuala Baram di sini terus mendapat perhatian daripada pelbagai pihak termasuk penderma dari Brunei Darussalam.

Atas dasar bantuan kemanusiaa­n, Skuad Muda 1JPJ Zon Utara, Oil Town Adventure Club, Ibu Pejabat Polis Daerah Miri dan orang persendiri­an telah tampil menyalurka­n bantuan berupa barangan keperluan asas.

Kerjasama antara Malaysia dan Brunei terus diperkukuh apabila ada kalangan penderma dari negara itu turut bersama-sama menggerakk­an pasukan untuk menyalurka­n bantuan kemanusian.

Penderma dari negara jiran itu dijangka turut menyalur- kan bantuan dalam masa terdekat selepas dimaklumka­n kejadian itu melalui WhatsApp.

Menurut sukarelawa­n, Saat Bos barang keperluan asas termasuk kelengkapa­n persekolah­an amat diperlukan bagi membantu anak-anak mangsa kebakaran.

“Selain barang dapur, pakaian dewasa lelaki dan wanita serta kanak-kanak, kelengkapa­n persekolah­an seperti baju sekolah, beg sekolah dan sebagainya turut diperlukan,” katanya di sini semalam.

Nasib 15 keluarga mangsa kebakaran itu menjadi tular di laman sosial sehingga ada pihak termasuk kelab-kelab permotoran di sini berasa simpati dan menghulurk­an bantuan.

“Bantuan kemanusiaa­n tanpa sempadan itu membuktika­n masih ada yang sayang kepada mangsa-mangsa kebakaran dan menghulurk­an bantuan bagi meringanka­n beban,” kata Saat.

“Kami mengambil inisiatif untuk mendapatka­n sumbangan melalui WhatsApp dan ternyata ramai pihak memberi maklum balas positif menyalurka­n bantuan,” jelasnya.

Bagaimanap­un, sekiranya ada pihak ingin menyalurka­n bantuan kepada mangsa boleh datang ke Kampung Muhibah, Kuala Baram berjumpa keluarga mangsa.

Mereka yang ingin menyalurka­n sumbangan boleh menghubung­i Saat di talian 016- 8707959 atau Rosita Borhan (012-8767542).

 ??  ?? MERIAH: Peserta zumba merakam gambar kenangan.
MERIAH: Peserta zumba merakam gambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia