Utusan Borneo (Sarawak)

278 orang sertai aktiviti senaman kecergasan zumba

-

BINTULU: Seramai 278 peserta dari Sarawak, Brunei dan Kuala Lumpur menyertai aktiviti senaman kecergasan zumba terbesar Tahun Baharu dinamakan ‘We Move the World Part 2’ di Hotel Parkcity Everly Bintulu di sini.

Program itu adalah lanjutan aktiviti senaman dan tarian kecergasan zumba yang diadakan pada 24 September tahun lalu di Kelab Kidurong Bintulu.

Program berkonsep seperti sebelumnya menampilka­n dua jurulatih senaman popular peringkat antarabang­sa iaitu Yondrys Reyes (DJ Yoyo) dan Zumilka (ZIN Zumi) dari Cuba bersama dua jurulatih senaman tempatan dari Kuala Lumpur, Mohd Hamka (ZIN Hamka) dan Mohd Iskandar (ZIN Iskandar).

Bertemakan ‘Funky Retro Party’, program senaman itu diadakan di ballroom hotel terbabit dan peserta mengenakan pakaian retro berwarna-warni diseri pencahayaa­n lampu menakjubka­n dalam tempoh 90 minit tarian senaman dan muzik zumba.

Program itu merupakan anjuran bersama MLNG Fitness Club yang diterajui Fadillah Ibrahim di bawah Kelab Rekreasi dan Sukan (SRC) yang dipengerus­ikan Mohd Zaparel dan ‘Workout to Fitness Studio’ (W2F) diterajui ZIN Maria Datu.

Jurucakap penganjur berterima kasih kepada krukru zumba, penyokong dan penaja yang menyertai program itu sehingga mencapai kejayaan.

Katanya program diadakan bagi memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan kakitangan MLNG khususnya komuniti Bintulu dan seteruskan mempromosi­kan aktiviti zumba di sini.

“Kami berharap dapat melihat lebih ramai penyertaan dalam program seumpamany­a pada masa depan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia