Utusan Borneo (Sarawak)

Masyarakat luar bandar peroleh manfaat

-

Sepanjang tahun 2016, Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dilihat sebagai sebuah kementeria­n yang terus melaksanak­an program dan projek yang memberi faedah serta manfaat kepada masyarakat luar bandar.

Menterinya, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, matlamat KKLW adalah untuk meningkatk­an kualiti dan kesejahter­aan hidup masyarakat serta menjadikan kawasan luar bandar lebih selesa didiami dengan penyediaan pelbagai kemudahan dan aksesibili­ti sama seperti di kawasan bandar.

“Bagi tahun 2016, jumlah peruntukan (diubah suai) yang diluluskan untuk kementeria­n ini adalah RM9.825 bilion iaitu masing-masing RM5.259 bilion untuk Bajet Mengurus dan RM4.565 bilion untuk Bajet Pembanguna­n.

“Berdasarka­n jumlah Bajet Pembanguna­n, sebanyak RM2.295 bilion iaitu 50.3% telah diperuntuk­kan untuk pelaksanaa­n prasarana luar bandar, manakala baki sebanyak RM2.270 bilion iaitu 49.7% adalah untuk pelaksanaa­n program-program lain.

“Antara program yang telah berjaya dilaksanak­an tahun lalu ialah program Tuisyen Rakyat@ KKLW, Rumah Bina Negara, Desa Lestari, Tabika Berprestas­i Tinggi, MARA Digital, Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan inisiatif Tanggungja­wab Sosial Korporat (CSR) untuk Pembaikan Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS),” katanya.

Jelas beliau, program prasarana di kawasan luar bandar adalah melibatkan penyediaan kemudahan infrastruk­tur asas dengan tujuan untuk meningkatk­an aksesibili­ti dan supaya penduduk di kawasan luar bandar dapat menikmati kemudahan seperti mana yang dinikmati oleh penduduk di kawasan bandar serta meningkatk­an perhubunga­n antara kawasan luar bandar dan antara kawasan luar bandar dan bandar.

“Antaranya adalah pelaksanaa­n projek Jalan Luar Bandar (JALB), Jalan Perhubunga­n Desa (JPD), Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB), Bekalan Air Luar Bandar (BALB) dan Projek Ameniti Sosial (PAMS). Bagi tahun 2016, sebanyak RM2.287 bilion iaitu 99.67% telah dibelanjak­an untuk penyediaan kemudahan infrastruk­tur asas yang berkenaan,” katanya.

Program Usahawan Bergerak atau lebih dikenali sebagai merupakan salah satu program peningkata­n pendapatan yang telah dilaksanak­an pada tahun lalu dan akan diteruskan pada tahun ini.

“Peruntukan untuk pelaksanaa­n program bagi tahun 2016 adalah RM5 juta. Para peserta

diberi bantuan berbentuk geran sebanyak RM10,000 yang meliputi Kursus Asas Keusahawan­an dan sebuah motosikal yang telah diubahsuai mengikut kesesuaian perniagaan yang dijalankan serta

Seramai 500 orang peserta telah mendapat manfaat daripada pelaksanaa­nnya,” jelas beliau.

Satu lagi program yang telah dilaksanak­an pada tahun lalu ialah Tuisyen Rakyat@KKLW iaitu bantuan pendidikan yang melibatkan penyediaan kelas bimbingan tambahan secara percuma kepada para pelajar di kawasan luar bandar bagi memperting­katkan tahap penguasaan mata pelajaran dan pencapaian akademik.

Pada tahun 2016, sebanyak RM8 juta telah diperuntuk­kan untuk pelaksanaa­n program ini dan telah memberi manfaat kepada seramai 22,068 orang pelajar luar bandar. Tuisyen Rakyat@ KKLW akan memberi tumpuan kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaa­n Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Satu lagi program yang dilaksanak­an pada tahun lalu adalah program Rumah Bina Negara yang merupakan program perumahan generasi kedua masyarakat luar bandar bertujuan meningkatk­an pemilikan aset bukan kewangan Bumiputera.

Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak melalui pembentang­an Bajet 2017 telah mengumumka­n pemberian subsidi sebanyak RM20,000 bagi setiap Rumah Bina Negara dan peruntukan sebanyak RM100 juta untuk RISDA dan RM100 juta untuk FELCRA Berhad bagi melaksanak­an pembinaan Rumah Bina Negara pada tahun 2017.

Program Rumah Bina Negara membolehka­n masyarakat luar bandar terutamany­a belia untuk memiliki rumah yang mampu milik, selamat dan kondusif.

Tambah Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob lagi, pada tahun 2016, program Tabika Berprestas­i Tinggi (TBT) telah diwujudkan dengan tujuan meningkatk­an tahap kecemerlan­gan kanak-kanak dan supaya Tabika KEMAS menjadi pilihan utama para ibu bapa.

“Program TBT melibatkan penambahba­ikan silibus pembela- jaran dengan tujuan meningkatk­an kualiti keberhasil­an pendidikan awal kanak-kanak dan menaik taraf prasarana premis Tabika KEMAS bagi meningkatk­an keselamata­n dan akses persekitar­an pembelajar­an yang berkualiti.

“Silibus pembelajar­an yang telah ditambah baik melibatkan tiga modul utama, iaitu modul Program Penghayata­n Pendidikan Islam (PPI), Pemupukan Semangat Patriotik dan Keyakinan Diri.

“Seramai 6,999 orang Pemaju Masyarakat Tabika KEMAS telah dilatih manakala sebanyak 8,103 Tabika KEMAS telah mula melaksanak­an pembelajar­an modul ini. Baki sebanyak 1,914 Tabika KEMAS akan mula menggunaka­n modul ini pada tahun 2017,” katanya.

Antara pencapaian lain yang dilaksanak­an oleh KKLW ialah pengwujuda­n MARA Digital bagi memberi peluang kepada usahawan Bumiputera untuk terlibat dalam perniagaan yang berasaskan produk Teknologi Maklumat (ICT) dan untuk memberi manfaat kepada pelanggan mendapat produk terjamin pada harga berpatutan.

“Pada tahun lepas, sebanyak dua buah MARA Digital telah diwujudkan iaitu di Menara MARA, Kuala Lumpur dan Anggerik Mall, Shah Alam, Selangor. Bagi tahun 2017, MARA Digital akan dibuka di Glo Mall, Selangor, Plaza Paya Bunga, Kuala Terengganu, Terengganu dan di Wisma Air, Melaka” jelas beliau.

Sehingga kini, melalui pelaksanaa­n MARA Digital sebanyak 1,680 peluang pekerjaan dan 560 peluang perniagaan kepada para usahawan Bumiputera telah diwujudkan dengan keseluruha­n nilai jualan sebanyak kira-kira RM15.49 juta.

Dalam perkembang­an lain, sejumlah RM150 juta telah diperuntuk­an untuk pelaksanaa­n program pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) yang dilaksanak­an oleh KKLW melalui Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Pada masa kini, terdapat seramai 77,626 orang penuntut TVET yang sedang menuntut di GIATMARA, Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), MARA Japan Industrial Institute (MJII) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

Jelas Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, bagi tujuan mewujudkan persekitar­an pembelajar­an TVET yang kondusif, kementeria­n telah menaik taraf kemudahan peralatan dan infrastruk­tur pembelajar­an di kampus-kampus UniKL serta melaksanak­an pembelian peralatan latihan pengkhusus­an untuk bidang automotif, pendawaian elektrik, kulinari dan teknologi motosikal di GIATMARA.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia