Utusan Borneo (Sarawak)

Indeks jenayah Kota Samarahan turun 5.92 peratus

Penurunan ini mencapai sasaran dalam NKRI iaitu penurunan sebanyak lima peratus

- Oleh Jeremy Lanson

KOTA SAMARAHAN: Kadar indeks jenayah bagi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan menunjukka­n penurunan sebanyak 5.92 peratus sepanjang tahun lepas berbanding 2015.

Demikian menurut Ketua Polis Daerah Kota Samarahan DSP Lee Chong Chern, di mana menurutnya telah mencapai sasaran dalam Indeks Pencapaian Utama (NKRI) iaitu penurunan sebanyak lima peratus.

Tambahnya juga, kejayaan tersebut adalah hasil kolaborati­f dengan kerajaan tempatan serta agensi-agensi lain termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Penurunan indeks jenayah ini sebanyak 19 kes bersamaan 5.92 peratus mencapai sasaran dalam NKRI yang menetapkan penurunan sebanyak 5 peratus setiap tahun.

“Antara penyumbang utama kepada kebanyakan kes yang berlaku ialah pecah rumah malam dan siang hari iaitu sebanyak 40 kes, curi kenderaan tujuh kes dan mendatangk­an kecederaan sebanyak tujuh kes,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap sempena Perhimpuna­n Bulanan IPD Kota Samarahan di sini semalam.

Selain itu, Lee turut memberitah­u bahawa pihaknya mengadakan pembantera­san kegiatan perjudian melalui Ops Dadu dan berjaya mencatat 29 serbuan dan seramai 43 individu ditangkap untuk siasatan lanjut.

“Ops Dadu ini adalah untuk mencegah dan membantera­s kegiatan judi haram seperti loteri awam haram, judi tempat bebas serta judi mesin komputer.

“Justeru, selain berjaya melakukan beberapa serbuan serta tangkapan,pihak kita juga telah merampas perkakas atau mesin perjudian dan wang tunai yang dianggarka­n mencecah RM9,500,” jelasnya.

Penurunan indeks jenayah ini sebanyak 19 kes bersamaan 5.92 peratus mencapai sasaran dalam NKRI yang menetapkan penurunan. DSP Lee Chong Chern Ketua Polis Daerah Kota Samarahan

Bercakap mengenai Bahagian Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik, Lee berkata sebanyak 884 kes kemalangan jalan raya dilaporkan sepanjang tahun lepas berbanding 827 kes pada 2015.

“Kes kemalangan maut didapati meningkat iaitu sebanyak 10 kes bagi tahun 2015 dan 18 kes bagi tahun 2016 dan kemalangan parah menurun sebanyak lapan kes pada tahun 2016,” katanya.

Sementara itu, gejala dadah bagaimanap­un menunjukka­n peningkata­n kes iaitu sebanyak 393 kes pada 2016 berbanding 378 kes pada tahun sebelumnya.

“Sungguhpun begitu, seramai 420 orang ditangkap dan diambil tindakan atas pelbagai kesalahan penyalahgu­naan dan pemilikan dadah di bawah Seksyen 15(1)(a) dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” kata Lee.

Seramai 12 pegawai dan anggota polis serta dua pengawai rendah awam menerima sijil Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) pada majlis tersebut semalam.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Lee (hadapan, tengah) bergambar bersama penerima APC selepas tamat sahaja majlis tersebut semalam.
UNTUK ALBUM: Lee (hadapan, tengah) bergambar bersama penerima APC selepas tamat sahaja majlis tersebut semalam.
 ??  ?? DIJUMPAI: Seorang lelaki menunjukka­n komponen motosikal curi yang dijual suspek ketika dijumpai di Kampung Lembuak, Limbang pagi kelmarin.
DIJUMPAI: Seorang lelaki menunjukka­n komponen motosikal curi yang dijual suspek ketika dijumpai di Kampung Lembuak, Limbang pagi kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia