Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga lelaki warga India cedera parah selepas gaduh

-

SIBU: Dendam dipercayai menjadi punca insiden berdarah melibatkan tiga lelaki warga India yang bergaduh menggunaka­n senjata tajam sehingga menyebabka­n kesemua mereka cedera dan terlantar di wad hospital di sini.

Insiden tersebut berlaku di Jalan Then Kung Suk di kawasan Hulu Lanang apabila seorang pekerja kapal sedang berjalan balik ke biliknya di atas kapal dipercayai telah diserang hendap oleh dua lelaki rakan senegarany­a menggunaka­n pisau.

Lelaki berumur 22 tahun itu dikatakan telah bertindak mengambil sebilah pisau untuk menyerang dua lelaki yang menyerangn­ya, masing-masing berusia 22 dan 20- an sebelum melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Saiful Bahri Abdullah ketika dihubungi memberitah­u pihaknya telah menerima laporan kes tersebut.

“Kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana disyaki mendatangk­an cedera parah dengan senjata antara rakan sekerja warganegar­a India,” jelasnya.

Katanya akibat pergaduhan tersebut dua daripada mereka ( termasuk yang diserang hendap) mengalami cedera ringan dan keadaan mereka tidak membimbang­kan.

Kedua-dua mereka telah dihantar oleh pasukan Ang- katan Pertahanan Awam ( APM) Sibu ke hospital sejurus selepas menerima rawatan awal.

Menurut Saiful, seorang lagi mengalami cedera parah di bahagian paha, lutut dan kepala akibat ditetak dan masih menerima rawatan.

Katanya pihak polis telah merampas ketiga-tiga pisau yang digunakan dalam pergaduhan berkenaan.

“Ketiga-tiga suspek terbabit kini sedang menerima rawatan di Hospital Sibu,” katanya.

Saiful menambah, ketigatiga suspek terbabit telah ditangkap dan akan direman. LIMBANG: Selepas penemuan beberapa rangka motosikal disyaki curi di beberapa kawasan di Batu Danau, polis meneruskan usaha menjejaki beberapa komponen motosikal curi di sini pagi kelmarin.

Hasil pencarian sebuah lagi rangka motosikal yang dilerai berjaya dijumpai di kawasan Lembuak, Limbang sekitar jam 10.29 pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Limbang Superinten­den Mohd Bukhori Saffai berkata penemuan itu hasil maklumat ditunjukka­n suspek yang berusia 17 tahun di kawasan komponen motosikal itu dijual kepada seorang penduduk kampung.

“Penduduk kampung berkenaan berjaya menunjukka­n komponen-komponen motosikal curi sudah dileraikan daripada suspek diletakkan di belakang rumahnya.

“Kita berjaya merampas komponen motosikal yang dileraikan termasuk satu bongkah enjin dan satu rangka motosikal yang sudah dipotong,” katanya di sini semalam.

Katanya, kejayaan itu hasil tangkapan beberapa suspek dipercayai terlibat dalam kes curi motosikal dilaporkan hilang sebelum ini dalam Ops Lejang.

Dalam kes berasingan, seorang lelaki ditahan kerana membawa parang dalam keadaan mencurigak­an di tempat awam.

Suspek yang berusia 43 tahun berasal dari Kanowit ditahan Ahad lalu jam 6.15 petang di hadapan sebuah pasar raya di kawasan Jalan Bangkita di sini.

“Turut dirampas adalah sebilah parang berserta sarung (parang) kayu daripada suspek,” katanya.

 ??  ?? PARAH: Salah seorang daripada tiga lelaki warga India sedang dirawat oleh pasukan APM Sibu.
PARAH: Salah seorang daripada tiga lelaki warga India sedang dirawat oleh pasukan APM Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia