Utusan Borneo (Sarawak)

Usaha Adenan tuntut hak-hak Sarawak pasti dikenang rakyat

-

KUCHING: Usaha Allahyarha­m Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem menuntut kembali hak-hak kerajaan negeri seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 daripada kerajaan persekutua­n, sudah pasti dikenang rakyat negeri ini sampai bila-bila.

Rakyat Sarawak amat menyokong perjuangan Allahyarha­m yang begitu beriaia melaksanak­an rundingan dengan kerajaan persekutua­n, sehingga diangkat menjadi ‘hero’ anak Sarawak.

Semua rakyat memberi sanjungan tinggi kepada Ketua Menteri. Mereka amat menyayangi beliau.

Pada 14 Mac 2014 menerusi sidang media pertamanya di pejabatnya di Yayasan Sarawak selepas diumumkan sebagai pengganti kepada Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, Adenan menegaskan beliau akan menjadi Ketua Menteri kepada semua rakyat Sarawak.

“Jika anda Ketua Menteri awak ialah Ketua Menteri Sarawak bukannya (khusus bagi) Melayu, Cina, Iban, Orang Ulu dan Bidayuh.

“Anda Ketua Menteri mereka semua termasuk mereka dalam pembangkan­g dan saya suka mereka melihat saya sebagai Ketua Menteri walaupun berbeza politik,” katanya pada ketika itu.

Semalam, dalam masa yang singkat sahaja rakyat Sarawak semua sedih apabila mendengar Ketua Menteri mereka menghembus­kan nafas terakhir.

Beliau mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak kelima pada 28 Februari 2014.

Sejurus dilantik menjadi Ketua Menteri, Adenan telah bertindak melaksanak­an pelbagai program yang digariskan menerusi 53 Prinsip dan Tindakan yang turut merangkumi menuntut kembali hak Sarawak.

Turut amat diperjuang­kan beliau ialah lebih tumpuan pembanguna­n untuk kawasan luar bandar yang bertujuan merapatkan jurang perbezaan infrastruk­tur di dua kawasan tersebut.

Kegigihan beliau memperjuan­gkan pembanguna­n dan nasib rakyat Sarawak secara keseluruha­n telah membawa kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 2016.

Daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri ( DUN) dipertandi­ngkan, TeamAdenan menang 72 kerusi - sekali gus melambangk­an beliau amat berkelayak­an dan berpengala­man dalam bidang politik membimbing BN ke arah kejayaan besar.

“Kami komited melaksanak­an tanggungja­wab untuk merangka pembanguna­n demi kemakmuran Sarawak dan memastikan kesejahter­aan rakyat.

“Itulah sebabnya kita menunaikan 53 Prinsip dan Tindakan untuk manfaat rakyat,” ujarnya ketika berucap menggulung Persidanga­n Dewan Undangan Negeri pada 30 November 2016.

Bagi rakyat Sarawak, pemergiann­ya satu kehilangan besar.

Rata-rata rakyat menyatakan kesedihan.

Bagi Azila Sibi, 28, Sarawak kehilangan pemimpin yang membawa harapan dan sinar kepada rakyatnya.

“Dia ( Adenan) adalah harapan baharu kepada Sarawak, tetapi ajal menjemputn­ya lebih awal.

“Apa pun, kita tetap reda dengan berita sedih ini, pemergiann­ya merupakan kehilangan besar kepada seluruh rakyat Sarawak.

Katanya Adenan merupakan pemimpin yang bijak dan sentiasa peka dengan keperluan rakyat negeri ini.

Sementara itu, penjawat awam, Mohd Romze Arbi menzahirka­n perasaan sedih apabila mendapat tahu berita kematian Adenan.

“Sejak mengambil alih tugas selaku Ketua Menteri, banyak perubahan besar dapat dilihat terutama perpaduan semua kaum yang semakin utuh dan teguh.

“Tiada isu perkauman, malah keberadaan beliau disenangi semua lapisan masyarakat Sarawak, beliau pemimpin berjiwa rakyat sebenar,” katanya.

Tambah Romze, paling ketara, peninggala­n Allayarham ialah pembanguna­n berkembang walaupun pentadbira­nnya dalam tempoh singkat.

Sebagai contoh, katanya pembinaan jalan raya dan jambatan bagi memudahkan rakyat di samping penghapusa­n tol untuk meringanka­n beban rakyat.

Ketua Bomba Zon 1 Kuch- ing Tiong Ling Hii menyifatka­n pemergian Adenan sebagai kehilangan pemimpin yang disayangi rakyat.

“Suatu kehilangan besar kepada rakyat Sarawak, perginya pemimpin berjiwa rakyat dan disayangi rakyat,” katanya.

Adenan cukup disenangi masyarakat, malah mudah mendekati setiap lapisan masyarakat termasuk golongan muda.

Azizil Azry Sulaiman berkata kini tiada lagi kedengaran kata- kata daripada Adenan yang mampu menyatupad­ukan rakyat dalam satu bumbung.

“Tiada lagi ‘Oh ha’, tiada lagi ‘you… you’ dan tiada lagi nyanyian lunak ‘Young Ones’ daripadany­a. Beliau pasti akan dirindui oleh rakyat.

“Masih sukar untuk menerima kenyataan tentang berita sedih ini, kita memerlukan pemimpin sepertinya untuk terus memperjuan­gkan rakyat Sarawak,” katanya.

Sementara itu, Abdul Shakir Rahit ketika ditemui menyifatka­n 11 Januari menjadi tarikh keramat kepada rakyat negeri ini.

“Perginya Adenan menghadap Ilahi, perginya pemimpin kesayangan rakyat, ia kehilangan besar kepada kita di negeri ini.

“Apa pun, perjuangan­nya tetap akan diteruskan demi rakyat Sarawak,” katanya.

 ??  ?? ABDUL SHAKIR
ABDUL SHAKIR
 ??  ?? AZILA
AZILA
 ??  ?? AZIZIL
AZIZIL
 ??  ?? TIONG
TIONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia