Utusan Borneo (Sarawak)

Jasa Adenan kepada sekolah Cina dikenang

Pemimpin sekolah persendiri­an Cina, pelajar, guru, ibu bapa ingati jasa Allahyarha­m

- Oleh Andy Sabang

SIBU: Pengerusi Persatuan Jawatankua­sa Gabungan Sekolah Cina Bersatu (Dong Zong) Malaysia Temenggung Datuk Vincent Lau berkata pemimpin 14 sekolah persendiri­an Cina di Sarawak serta pelajar, guru dan ibu bapa tetap mengingati jasa Allahyarha­m Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Lau yang juga seorang pemimpin masyarakat berkata, beliau berasa terkejut dan sedih dengan berita kematian Adenan semalam.

Beliau berharap gaya serta semangat kepemimpin­an Adenan akan terus diwarisi serta menjadi contoh kepada keharmonia­n dan kemajuan Sarawak.

“Dalam tempoh tiga tahun, kerajaan negeri di bawah kepimpinan Adenan telah memberi peruntukan sejumlah RM12 juta kepada 14 sekolah persendiri­an Cina di Sarawak dan ini membuktika­n kesungguha­n beliau melihat rakyat terutama golongan muda negeri ini berpendidi­kan,” katanya.

Menurutnya, geran untuk sekolah persendiri­an Cina di Sarawak telah diterima pada 2014 iaitu sejumlah RM3 juta, RM4 juta (2015) dan RM5 juta pada 2016.

Beliau berkata Adenan

Dalam tempoh tiga tahun, kerajaan negeri di bawah kepimpinan Adenan telah memberi peruntukan sejumlah RM12 juta kepada 14 sekolah persendiri­an Cina di Sarawak dan ini membuktika­n kesungguha­n beliau melihat rakyat terutama golongan muda negeri ini berpendidi­kan.

adalah seorang pemimpin berpandang­an jauh yang membawa perubahan besar selain mengekalka­n keharmonia­n unik hanya terdapat di Sarawak.

Adenan juga membenarka­n pelajar sekolah Cina bekerja dalam kerajaan, mengiktira­f Sijil Peperiksaa­n Bersepadu (UEC) Sekolah Cina dan bekerjasam­a dengan golongan pendidik Cina mendapatka­n pengiktira­fan terhadap sijil UEC seluruh negara.

Menurut Lau, Adenan juga sentiasa berusaha membantu rakyat mengalami kesusahan dengan mengambil tindakan pantas.

Beliau berharap Sarawak akan terus maju ke hadapan bersama semangat dan kasih sayang yang beliau tonjolkan selama memegang tampuk kepimpinan.

“Pada masa sama, kita juga berdoa agar usaha beliau membawa kuasa autonomi kepada Sarawak diteruskan oleh penggantin­ya,” kata Lau.

Temenggung Datuk Vincent Lau Pengerusi Dong Zong Malaysia

 ??  ?? VINCENT
VINCENT
 ??  ?? LIEW
LIEW

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia