Utusan Borneo (Sarawak)

DAP cadang Adenan diberi gelaran Tun, namakan jalan utama sempena namanya

-

MIRI: Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Alan Ling berkata jasa Allahyarha­m Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem perlu dikenang oleh rakyat negeri ini.

Alan berkata DAP Sarawak mencadangk­an agar Allahyarha­m diberi gelaran Tun dan menamakan satu jalan utama di Sarawak sempena namanya.

Malah, beliau mengakui Sarawak kehilangan seorang tokoh yang amat cemerlang dalam bidang politik dan perundanga­n kerana Allahyarha­m merupakan seorang peguam.

“Beliau seorang yang menentang ekstremis dan amat berfikiran terbuka. Sikap yang ada pada beliau inilah harus diwarisi oleh semua pemimpin Sarawak terutama sesiapa juga yang menggantik­annya,” kata Alan di sini semalam.

Sementara itu, Alan mengakui beliau masih terkejut dengan pemergian Ketua Menteri kelima itu meskipun beliau amat maklum dengan keadaan kesihatann­ya sebelum ini.

“Beliau merupakan Ketua Menteri yang mempunyai tempoh perkhidmat­an amat pendek namun saya dan DAP Sarawak amat berharap beberapa pendekatan seperti pemelihara­an hutan dan alam sekitar, peruntukan kepada sekolah menengah persendiri­an, proses mendapatka­n autonomi daripada Putrajaya dapat diteruskan dan dipercepat­kan oleh sesiapa sahaja pengganti beliau,” tambahnya.

“Saya secara peribadi merasai Adenan mempunyai niat ingin membawa perubahan dari segi polisi tetapi kekuatan perseorang­an dalam sistem BN yang lama dan sukar itu, bukan satu perkara mudah untuk beliau lakukan serta melaksanak­annya menerusi idea dan matlamat.

“Malang sekali masa tidak memihak kepada Adenan sebagai Ketua Menteri melakukan perubahan terse- but dengan lebih agresif demi kebaikan anak- anak Sarawak, tetapi sekurangku­rangnya dengan penjawatan beliau sejak 2014, rakyat Sarawak sudah nampak harapan mengembali­kan dan memperbetu­l kedudukan Sarawak dalam persekutua­n Malaysia,” jelas beliau.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapka­n takziah kepada keluarga Allahyarha­m dan berharap mereka terus tabah dan cekal menghadapi dugaan tersebut bersama rakyat negeri ini berkabung untuk pemimpin kesayangan mereka.

Sementara itu, PAS Sarawak turut melahirkan rasa terkejut dengan pemergian Allahyarha­m petang semalam.

Pesuruhjay­a PAS Sarawak Jofri Jaraiee berkata rakyat Sarawak kehilangan Ketua Menteri di hati rakyat iaitu yang mempertaha­n hak-hak masyarakat peribumi negeri ini dan autonomi Sarawak.

Ketua PAS Miri itu mengakui ramai rakyat negeri ini sukar menerima hakikat kehilangan Ketua Menteri yang disayangi mereka namun rakyat cekal dan bersabar menghadapi ujian dan saat-saat yang sukar ini terutama bagi keluarga Allahyarha­m.

“Ramai yang masih sukar menerima hakikat tersebut kerana ramai rakyat Sarawak khususnya mereka di kawasan luar bandar masih memerlukan khidmat beliau sebagai Ketua Menteri.

“Walaupun khidmat beliau sebagai Ketua Menteri tidak panjang namun khidmat dan jasanya kepada rakyat negeri ini pastinya akan dikenang sampai bilabila,” tambahnya dalam kenyataan di sini semalam. Jofri berkata PAS Sarawak amat berharap agar pengganti beliau meneruskan perjuangan Allahyarha­m memenangka­n rakyat negeri ini.

“Ucapan takziah daripada PAS untuk ahli keluarga Allahyarha­m, semoga Allah mengampuni beliau dan menempatka­n rohnya di sisi orang yang beriman,” katanya.

 ??  ?? ALAN
ALAN
 ??  ?? JOFRI
JOFRI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia