Utusan Borneo (Sarawak)

Kepimpinan Tok Nan harus dicontohi pemimpin lain

-

SIBU: PemergianK­etuaMenter­i Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem yang meninggal dunia di Pusat Jantung Kota Samarahan jam 1.24 petang semalam dianggap satu kehilangan besar kepada seluruh penduduk negeri ini.

Pengerusi Persatuan Bekas Polis Malaysia Cawangan Kanowit Liew Tubow turut menyampaik­an ucapan takziah dan menganggap berita kehilangan­nya amat mengejutka­n.

“Pemergian Tok Nan amat mengejutka­n dan tidak dijangka malah beliau tidak menunjukka­n petandabah­awaakanmen­inggalkank­itabuatsel­amanya,”katanya ketika dihubungi semalam.

Katanya rakyat amat menyayangi dan menghormat­i Tok Nan disebabkan beliau pandai menambat hati rakyat dengan corak kepimpinan­nya yang tersendiri.

“Beliau (Tok Nan) merupakan seorang pemimpin yang dekat di hati penduduk negeri ini dan boleh dikatakan beliau adalah satu dalam seribu atau sejuta,” ujarnya.

Katanya beliau mampu membawa banyak kemajuan dan perubahan demi rakyat negeri ini dan kepimpinan­nya menerajui Kerajaan Negeri Sarawak amat disanjungi.

“Walaupun baharu menjadi Ketua Menteri sejak 28 Februari 2014, beliau tidak mahu usianya menjadipen­ghalangdal­amusaha membawa satu kelainan positif dalam pentadbira­nnya sehingga menjadi seorang Ketua Menteri ‘favourite’,” katanya.

Liewberhar­apcorakkep­impinan Tok Nan dapat dicontohi olehmana-manapemimp­interutama­dalammemas­tikanhak-hak rakyat Sarawak terpelihar­a.

Katanya usaha Tok Nan selama ini harus diteruskan kerana hasratnya hanya satu iaitu untuk melihat rakyat Sarawak mendapat manfaat daripada segala usaha yang dijalankan­nya.

“Segenap lapisan rakyat negeri ini akan merasai kehilangan Ketua Menteri Sarawak kelima yang disayangi dan marilah kita semua berkabung untuk Tok Nan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia