Utusan Borneo (Sarawak)

Adenan amat berpengala­man, bijaksana, mengutamak­an rakyat

- Oleh Saibi Gi

KETIKA mendengar berita sedih mengenai pemergian Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem petang semalam, penulis mula mencari latar belakang Allahyarha­m dan berita-berita lepas.

Sedih. Apabila saya membelek muka depan Utusan Borneo bertarikh 1 Mac 2014 terpampang gambar seorang pemimpin politik yang amat berpengala­man dan bijaksana serta mempunyai rakyat di hatinya mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.

Pada 28 Februari 2014 - tarikh bersejarah - Adenan berbaju Melayu berwarna gelap kelihatan tenang dan ceria ketika mengangkat sumpah.

Tercatat dalam buku sejarah Sarawak pada hari itu, pada usianya 70 tahun, beliau sah menjadi Ketua Menteri Sarawak yang kelima selepas menerima surat pelantikan daripada Tun Salahuddin dalam majlis penuh istiadat di Astana Negeri kira-kira jam 9.40 pagi.

Pada Pilihan Raya Negeri Ke- 11 pada tahun lepas, Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Tanjung Datu, menewaskan Jazolkipli Numan (PKR) dengan majoriti 5,892 undi.

Adenan, 72, meninggalk­an seorang isteri, Datin Patinggi Datuk Amar Jamilah Anu serta lima anak, empat perempuan dan seorang lelaki.

Dilahirkan pada 1944 di Kuching, Sarawak, Allahyarha­m mendapat pendidikan awal di Sekolah St Joseph, Sarawak sebelum melanjutka­n pengajian dalam bidang undang- undang di University of Adelaide, Australia.

Memulakan kariernya sebagai majistret di Kuching pada 1970, Adenan pernah berkhidmat sebagai Menteri Muda Pembanguna­n Tanah Sarawak selama dua tahun sehingga 1987 dan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar pada 2004.

Perjalanan karier Allahyarha­m sebagai Ketua Menteri bermula pada 2010 apabila beliau dilantik sebagai penasihat khas di Pejabat Ketua Menteri sebelum menyandang jawatan Menteri di Pejabat Ketua Menteri dan Menteri Tugas-tugas Khas Sarawak yang kebanyakan­nya mengendali­kan isu berkaitan tanah.

Sebagai tokoh politik yang banyak menabur jasa dan khidmat khususnya dalam pembanguna­n negeri Sarawak, Allahyarha­m dianugerah­kan pelbagai pingat dan darjah kebesaran termasuk Darjah Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran ‘Tan Sri’, selain Pingat Perkhidmat­an Bakti Negeri Sarawak dan Johan Bintang Sarawak pada 1986.

Adenan memulakan kerjaya politiknya pada 1979 apabila beliau bertanding bagi kerusi DUN Muara Tuang dalam satu Pilihan Raya Kecil dan mengalahka­n calon daripada Parti Rakyat Jati Sarawak (Pajar) Razali Sabang dengan majoriti 2,797 undi.

Beliau mengekalka­n kerusi DUN Muara Tuang dalam enam Pilihan Raya Negeri (PRN) berikutnya sebelum bertanding dalam Pilihan Raya Parlimen Ke-11 bagi kerusi Batang Sadong dan mengetepik­an Adam Ahid daripada PAS dengan majoriti 9,371 undi.

Berikutan kemenangan­nya dalam pilihan raya parlimen, Adenan dilantik sebagai Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar di peringkat persekutua­n pada 2004 sebelum kembali ke arena politik Sarawak untuk bertanding dalam PRN pada 2006 dan memenangi kerusi DUN Tanjung Datu.

Beliau dilantik sebagai penasihat khas kepada Ketua Menteri pada 2010, diikuti dengan pelantikan sebagai Menteri Tugas-tugas Khas Sarawak pada 2011 setelah berjaya mengekalka­n kerusi DUN Tanjung Datu dalam PRN pada tahun berkenaan.

Peningkata­n taraf hidup masyarakat di Sarawak merupakan agenda politiknya yang utama dan pangkat bukanlah kayu ukur yang diguna pakai untuk membuktika­n kemampuann­ya sebagai seorang pemimpin yang nyata begitu disegani.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia