Utusan Borneo (Sarawak)

Rancangan, visi Adenan Satem untuk Sarawak menjadi inspirasi rakyat

-

BINTULU: Rakyat jelata menzahirka­n ucapan takziah dan kehilangan pemimpin amat disenangi Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem yang meninggal dunia jam 1.20 petang di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak, Kota Samarahan semalam.

Antaranya ialah Pegawai Daerah Sebauh Desmond Douglas Jerukan menyatakan rasa kehilangan seorang pemimpin hebat membentuk rakyat negeri ini menjadi rakyat yang mampu berdiri megah sebagai rakyat Sarawak.

“Ketua Menteri membawa suara kita lebih lantang didengari dan mendorong kita bekerja keras demi kebaikan masa kini dan generasi masa depan. “Rancangan dan visi beliau untuk Sarawak akan menjadi inspirasi walaupun beliau tidak lagi bersama kita,” katanya.

Penasihat Hal Ehwal Awam Pertama Ferroalloy­s Sdn Bhd Arif Arabi berkata pemergian Ketua Menteri satu berita yang menyedihka­n bagi Malaysia dan Sarawak.

Beliau menunjukka­n bagaimana menjadi pemimpin sebuah negeri berbilang kaum, bahasa dan pelbagai agama dan pemimpin merangkumi semua rakyat Sarawak.

Beliau membawa visi dan harapan kepada generasi masa kini dan akan datang terutama penduduk di kawasan luar bandar.

“Kami dapat berdiri tinggi dan bangga dengan apa yang beliau buat untuk Sarawak.

“Kita pastinya merindui beliau dan marilah kita berdoa agar legasi beliau diteruskan oleh Ketua Menteri seterusnya. Tuhan memberkati Sarawak,” katanya.

Penolong Pengurus Besar Bahagian Alam Sekitar Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) Wan Ibrahim Wan Ali berkata beliau amat sedih dengan kehilangan pemimpin dan Ketua Menteri yang menunjukka­n sikap lebih prihatin terhadap rakyat Sarawak terutama penduduk luar bandar.

“Beliau memberi harapan baharu dalam pembanguna­n Sarawak serta mendapatka­n kembali hak- hak perlembaga­an kita, giat memerangi pembalakan haram dan lainlain.

“Kami merindui ketegasann­ya tetapi penuh dengan gaya yang ceria. Kita berdoa agar Allahyarha­m tenang dalam kalangan golongan beriman dan beramal soleh. Kami mengucapka­n takziah kepada keluarga dan saudaramar­a terdekat Allahyarha­m,” katanya.

Manakala Pegawai Pendidikan Daerah Belaga Henry Usat Bit turut menyatakan rasa kesedihan atas pemergian Ketua Menteri itu.

“Beliau seorang pemimpin prihatin terhadap keperluan setiap rakyat Sarawak tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik.

“Beliau adalah wira memperjuan­g banyak isu berkaitan dengan hak-hak rakyat Sarawak.

“Marilah kita berdoa agar pemimpin akan datang meneruskan legasi yang di- tinggalkan­nya demi rakyat Sarawak,” katanya.

Temenggung Datuk Barry Yek pula menyatakan rasa terkejut dan sedih dengan berita pemergian Ketua Menteri itu.

“Ia merupakan satu kehilangan besar kepada rakyat Sarawak dan Malaysia. Beliau adalah seorang pemimpin yang hebat untuk semua rakyat Sarawak.

“Beliau melakukan begitu banyak dalam masa singkat sebagai Ketua Menteri. Beliau dikenang semua rakyat Sarawak. Semoga beliau berehat dengan tenang dan takziah kepada keluargany­a,” katanya.

Bekas Pengurus Besar BDA Datu Mohidin Ishak meluahkan rasa sedih dengan pemergian Ketua Menteri tersebut.

“Ketua Menteri sebagai pengerusi Lembaga Pengarah BDA mempunyai visi dan agenda besar membawa lebih banyak pembanguna­n kepada rakyat di kawasan luar bandar yang juga baik untuk rakyat di Bintulu.

“Sebagai ahli lembaga Universiti Putra Malaysia (UPM) saya ingin mengucapka­n terima kasih kepada beliau atas nasihat dan idea-idea meningkatk­an pengajaran dan pembelajar­an di UPM dan takziah kepada keluarga Allahyarha­m,” katanya.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas(JASA) Sarawak Hassan Busu berkata Allah mengasihi beliau lebih walaupun kita masih memerlukan kepimpinan luar biasa daripadany­a.

“Beliau adalah Ketua Menteri berwibawa dan mudah bekerja dengan beliau.

“Semoga Allah mengampuni dan merahmati roh beliau dan diberikan kemuliaan paling tinggi di sisi-Nya,” katanya.

Pengasas Hope Place Kuching Kelvin Wan juga menyatakan kesedihan atas pemergiaan Ketua Menteri.

Beliau adalah seorang pemimpin yang baik dan melakukan banyak untuk Sarawak dan beliau adalah seorang Ketua Menteri sangat merendah diri, bersedia mendengar dan bertindak balas kepada pendapat rakyat.

“Antara sumbangan beliau yang saya ingat ialah memansuhka­n bayaran tol yang tidak pernah berlaku sebelum ini, derma bagi sekolah- sekolah Cina dan banyak lagi.

“Kami menyaksika­n kebaikan hatinya untuk golongan miskin dan kurang bernasib baik di Sarawak dan beliau tidak pernah gagal memukau kita dengan perhatiann­ya terhadap masyarakat.

“Penghargaa­n kami kepada kepimpinan Ketua Menteri bagi negeri ini dan kami merinduiny­a,” katanya.

Ahli Sekuau Think Tank (STT) merangkap Pengurus RHB Bank Cawangan Bintulu Philip Seli Viecent berkata, Tok Nan adalah salah seorang pemimpin hebat pernah dimiliki Sarawak.

Beliau berjuang untuk hak- hak Sarawak dalam Malaysia dan pemergiann­ya terlalu cepat kerana masih banyak lagi yang beliau belum penuhi antaranya membincang­kan keputusan Mahkamah Persekutua­n mengenai ‘Pulau Galau’ dan ‘Pemakai Menoa’ pada akhir Januari ini.

Justeru, kita berharap penggantin­ya akan membawa isu ini sekali lagi bagi memastikan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) kekal kukuh di Sarawak.

Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Bintulu Wisil Licok meluahkan rasa kesedihann­ya atas pemergian Ketua Menteri serta menyatakan rasa bangganya menjadi rakyat Sarawak di bawah kepimpinan Adenan.

“Amanat beliau adalah antara yang ingin sangat kita dengar apabila beliau berucap,” katanya.

 ??  ?? WAN IBRAHIM
WAN IBRAHIM
 ??  ?? DESMOND
DESMOND
 ??  ?? PHILIP
PHILIP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia