Utusan Borneo (Sarawak)

Netizen ucap takziah dan penghormat­an kepada Allahyarha­m Adenan

-

KUCHING: Ucapan takziah dan penghormat­an bercucuran daripada netizen untuk Allahyarha­m Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem sebaik sahaja berita pemergiann­ya tersebar, semalam.

Dalam laman Facebook, ramai yang melahirkan rasa sedih sambil mendoakan agar Allahyarha­m ditempatka­n di kalangan orang yang beriman.

“Sarawak kehilangan satu permata,” kata Richard Mering.

Cikgu Emmet turut mendedikas­ikan nukilan bagi mengenang segala perwatakan dan mendoakan selain menghargai jasa serta bakti Allahyarha­m yang mesra dengan panggilan Tok Nan.

Antara nukilan beliau ialah: ‘ Tiada lagi dia, tiada lagi kelibatnya membeli ikan di Kampung Buntal, tiada lagi susuknya membeli buah di gerai, tiada lagi wajahnya tenang menyuap laksa di Cafe Marhaen, tiada lagi kedengaran garau ketawanya mengusik rakyat di majlis, kami akan rindukan kalimah guraumu You You.’

Manakala The Patriots menyifatka­n Allahyarha­m sebagai tokoh Melayu Sarawak (politik) sepanjang zaman.

“Takziah kepada semua rakyat Malaysia khususnya buat rakyat Sarawak serta keluarga, saudara-mara dan sahabat handai Tok Nan,” katanya yang kemudian di- balas salah seorang netizen, Alif Akbar dengan catatan “rakyat Sarawak bagai mati hidup semula kerana beliau. Al-Fatihah.”

Selain itu, warga Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) juga tidak ketinggala­n mengucapka­n takziah kepada isteri Allahyarha­m Datin Patinggi Datuk Amar Jamilah Anu serta keluarga dan seluruh rakyat Sarawak atas pemergian Allahyarha­m.

Dalam beberapa catatan Facebook lain, netizen khususnya rakyat Sarawak turut mengajak agar bersamasam­a menukar gambar profil menggunaka­n foto bendera Sarawak yang dikaburkan untuk menghormat­i pemergian Tok Nan.

“Ketua Menteri Adenan adalah sebab untuk saya bangga menjadi rakyat Sarawak… anda adalah ayah yang terbaik untuk kami,” kata seorang netizen.

Kesedihan netizen turut dikongsika­n dalam aplikasi Wechat dengan ramai yang menyifatka­n pemergian Allahyarha­m tiada ganti.

“Perginya seorang insan yang sangat disayangi. Rakyat Sarawak tak kira agama mahupun bangsa berdoa agar Tok Nan ditempatka­n di kalangan orang-orang yang beriman. Amin,” kata Martha Emmelyn.

Antara catatan menarik yang turut dikongsika­n ialah ‘Kamek sik pernah jumpa depan-depan tapi bila nya sik ada, kamek merasakan satu kehilangan yang besar dalam kehidupan. Terasa dirinya dekat di hati walaupun selalu nanga dalam TV ajak. Hilangnya sik ada ganti agik. Agenda dan ideologiny­a akan kamek kenang selamanya. Yang pasti dirindui Tok Nan.’

Allahyarha­m Adenan menghembus­kan nafas terakhir pada jam 1.20 petang semalam di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak, 16 hari sebelum hari lahirnya yang ke- 73 kerana sakit jantung.

Semoga roh Allahyarha­m Tok Nan dicucuri rahmat.

 ??  ?? DALAM KENANGAN: Antara potret Adenan yang dikongsika­n oleh netizen sambil diiringi dengan doa masing-masing.
DALAM KENANGAN: Antara potret Adenan yang dikongsika­n oleh netizen sambil diiringi dengan doa masing-masing.
 ??  ?? TIADA LAGI: Gambar kenangan yang merakamkan antara aktiviti kegemaran yang dilakukan oleh Adenan.
TIADA LAGI: Gambar kenangan yang merakamkan antara aktiviti kegemaran yang dilakukan oleh Adenan.
 ??  ?? DIRATAPI: Pemergian Tok Nan turut ditangisi netizen khususnya di kalangan rakyat Sarawak.
DIRATAPI: Pemergian Tok Nan turut ditangisi netizen khususnya di kalangan rakyat Sarawak.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia