Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat lahir rasa sedih atas pemergian KM

Pemergian Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem kehilangan besar buat negeri ini

- Oleh Florence Nervyn

Rakyat di negeri Sarawak berasa sedih atas kehilangan Ketua Menteri. Beliau seorang Ketua Menteri yang berjuang demi rakyat terutama dalam usaha mengurangk­an jurang perbezaan antara rakyat di bandar dan luar bandar menerusi Program Transforma­si Luar Bandar (RTP).

SIBU: Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Tamin Christophe­r Gira Sambang melahirkan rasa sedih atas pemergian Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem yang disifatkan satu kehilangan besar buat negeri Sarawak.

“Rakyat di negeri Sarawak berasa sedih atas kehilangan Ketua Menteri. Beliau seorang Ketua Menteri yang berjuang demi rakyat terutama dalam usaha mengurangk­an jurang perbezaan antara rakyat di bandar dan luar bandar menerusi Program Transforma­si Luar Bandar ( RTP).

“Sejak memegang tampuk kepimpinan di Sarawak, Ketua Menteri telah berjuang dalam perkara hakhak dalam Perjanjian Malaysia. Beliau seorang pemimpin berjiwa rakyat,” katanya ketika dihubungi semalam.

Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) Kaunselor Sempurai Petrus Ngelai turut berasa amat sedih dan terkejut dengan berita pemergian Ketua Menteri.

“Beliau seorang pemimpin berjiwa rakyat. Pemimpin yang tegas dalam memperkena­l 53 polisi dan tindakan dalam pentadbira­n negeri Sarawak. Pemergiann­ya satu kehilangan besar buat Sarawak,” katanya.

Berita pemergian Adenan turut dirasai penduduk di Dewan Undangan Negeri ( DUN) Meradong kerana di bawah kepimpinan beliau berjaya merampas semula kerusi DUN Meradong kepada Barisan Nasional (BN) selepas tiga penggal dimenangi pembangkan­g.

Pengerusi Persatuan Tuai Rumah Meradong Tuai Rumah Rantie Ayai berkata penduduk di DUN Meradong masih memerlukan kepimpinan beliau sebagai Ketua Menteri untuk pembanguna­n Meradong.

“Pemergiann­ya satu kehilangan kepada negeri Sarawak. Perjuangan Adenan sentiasa dikenang selamalama­nya.

“Kami berterima kasih dan terhutang budi atas perjuangan Adenan merampas kembali kerusi DUN Meradong daripada parti pembangkan­g.

“Adenan seorang pemimpin yang lantang bersuara demi rakyat di Sarawak,” katanya.

 ??  ?? CHRISTOPHE­R
CHRISTOPHE­R
 ??  ?? SEMPURAI
SEMPURAI
 ??  ?? RANTIE
RANTIE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia