Utusan Borneo (Sarawak)

Dalam kenangan: Kata-kata hikmat Adenan Satem

-

KUALA LUMPUR: Berikutan pemergian Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem semalam, berikut disiarkan beberapa petikan kata-kata beliau yang terkenal.

Kata-kata hikmat beliau ini pasti memberi kesan di hati dan jiwa kebanyakan orang.

Lebih dikenali sebagai ‘ The Adenan way’, berikut antara kata-kata hikmat beliau itu:

* Saya akan lakukan dengan terbaik yang saya mampu, saya hanya minta lima tahun dan satu mandat kukuh agar KL akan mendengar Adenan kerana dia bercakap dengan rakyat Sarawak berada di belakangny­a.

* Ini Sarawak punya olang, bisi Melayu, bisi orang Cina, bisi orang Dayak, bisi orang Bidayuh, duduk sama, minum sama, makan sama, carik amoi pun sama.

* Ayuhlah kita melangkah ke hadapan dengan lebih keyakinan dalam diri kita untuk menghadapi cabaran masa depan, ya, sebagai rakyat Sarawak, kita boleh lakukan apa saja yang diamanahka­n untuk kita lakukan.

* Kami sudah mencuba dengan sebaik mungkin untuk membawa pembanguna­n ke kawasan luar bandar, tapi belum cukup. Kami akan berusaha dengan lebih tekun lagi.

* Jangan main-main dengan saya.

* Belum berjaya bukannya tidak berjaya atau gagal.

* Berilah saya lima tahun lagi. Apabila tempoh lima tahun itu sudah berlalu, saya akan berusia 76 tahun. Saya tak mahu sambung lagi.

* Untuk meneruskan agenda pembanguna­n berpaksika­n rakyat, ia bermakna memperjuan­gkan kepentinga­n negeri ini dengan sebaik-baiknya.

* Sarawak tidak boleh menjadi sebuah kerajaan tanpa adanya Melayu, Iban, Cina, Bidayuh atau Orang Ulu.

* Kita kena sanggup berenang dan karam bersama. Apabila ada masalah, anda tolong saya, apabila anda ada masalah, kami akan tolong anda. Inilah ertinya persekutua­n. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia