Utusan Borneo (Sarawak)

The Red Devils selangkah ke pentas final

Gol Mata, Fellaini pastikan United benam Hull 2-0 pada separuh akhir pertama Piala Liga

-

Kami masih belum ke Wembley (final), tetapi gol kedua mungkin gol yang penting.

MANMAN CHESTER, England: Juan Mata dan Marouane Fellaini menjaringk­an gol untuk memastikan Manchester United menang 2-0 ke atas Hull City pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Liga Inggeris di Old Trafford Selasa lepas.

Semua perhatian diberikan kepada kapten United, Wayne Rooney, yang memburu satu rekod gol ke250 untuk kelab tetapi sebaliknya, Mata memecah kebuntuan dengan gol minit ke- 56 sebelum pemain gantian, Fellaini melengkapk­an jaringan pada lewat

Jose Mourinho Pengurus Manchester United

permainan. Ia meletakkan s k u a d bimbingan Jose M o u r - inho, sebelah kaki ke final m e n j e - lang per- lawanan kedua 26 Januari depan, walaupun gol Fellaini hanya pada minit ke-87. “Kami masih belum ke Wembley (final), tetapi gol kedua mungkin gol yang penting,” kata Mourinho ketika memberitah­u S k y

Sports. “Saya menjangkak­an satu perlawanan yang sukar. Saya tidak menjangkak­an kemenangan dengan empat atau lima gol.”

United kini sudah menang sembilan perlawanan berturut- turut dalam semua pertanding­an menjelang perlawanan Liga Perdana menentang musuh tradisi, Liverpool Ahad ini.

Pengurus baharuu Hull City, Marco Silva, , yang membimbing perlawanan wanan keduanya, hanya dapat pat menurunkan enam pemain simpanan dan kehilangan Markus Henriksen dan Josh Tymon kerana kecederaan.

“Saya tidak gembira dengan keputusan ini tetapi saya gembira dengan kadar ar kerja pemain saya,”,” kata Silva.

“Dengan semua masalah salah yang kami ada, pemain ain saya melakukan yang terbaik.” baik.”

Walaupun Mourinhoi h melakukan tujuh pertukaran dari skuad yang menewaskan Reading 4- 0 dalam aksi Piala FA Inggeris Sabtu lepas, United mengekalka­n rentak kemenangan dengan melakukan asakan demi asakan ke pintu gol Hull.

Penjaga gol Hull, Eldin Jakupovic beraksi tangkas menepis satu cubaan Mata seawal minit kedua dan tidak lama kemudian, Andy Robertson menghalang Rooney dari menyempurn­akan hantaran lintang Marcus Rashford.

Kehadiran David Meyler dan Tom Huddleston­e di bahagian pertahanan dan juga hakikat di mana hanya enam pemain di bangku simpanan menceritak­an sepenuhnya krisis kecederaan di kelab itu.

Henriksen mengalami kecederaan bahu selepas dikasari Paul Pogba dan terpaksa dikeluarka­n pada minit ke-16, dengan Abel Hernandez mengisi tempatnya.

United, tanpa kelibat Zlatan Ibrahi Ibrahimovi­c kerana tidak sihat, t terus memberi tekanan deng dengan satu cubaan Henrik rikh Mkhitaryan tersasar s selain cubaan Rashford dan Pogba tidak m meyakinkan.

Walaupun berjaya bertahan dengan baik, Hull akhirnya bolos apabila Mata menyempurn­akan hantaran lintang Anto nB tonio Valencia.

Bersemanga­t dengan gol itu, United semakin men meningkatk­an serangan tetapi mereka hanya menunggu pada minit terakhir sebelumb l Fellaini menambah jaringan untuk memberikan sedikit kelegaan menjelang perlawanan kedua. — AFP

 ?? — Gambar Reuters — Gambar Reuters ?? PEMUSNAH: Mata ceria selepas menjaringk­an gol pertama United pada p e r l awa n a n separuh akhir pertama Piala Liga Inggeris menentang Hull City di Old Trafford, Manchester pada Selasa lepas. GOL PENTING: Fellaini menanduk masuk gol kedua United pada...
— Gambar Reuters — Gambar Reuters PEMUSNAH: Mata ceria selepas menjaringk­an gol pertama United pada p e r l awa n a n separuh akhir pertama Piala Liga Inggeris menentang Hull City di Old Trafford, Manchester pada Selasa lepas. GOL PENTING: Fellaini menanduk masuk gol kedua United pada...
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia