Utusan Borneo (Sarawak)

Griezmann pamer aksi cemerlang bantu Atletico mara ke suku akhir Copa del Rey

-

MADRID, Sepanyol: Antoine Griezmann menjaringk­an gol yang ketiga dari beberapa perlawanan ketika Atletico Madrid mengesahka­n tempat ke suku akhir Copa del Rey dengan kemenangan agregat 4-3 walaupun tewas 2-3 kepada Las Palmas di tempat sendiri Selasa lepas.

Griezmann melupakan kekecewaan tewas kepada Cristiano Ronaldo untuk anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA Isnin lepas, membuka jaringan empat minit selepas rehat.

Satu gol solo cantik Mark Livaja mengembali­kan saingan Las Palmas tetapi Angel Correa kelihatan menamatkan saingan selepas satu jam permainan tetapi pasukan tuan rumah berasa cemas pada minit kecederaan dengan dua gol dalam tempoh tiga minit oleh Livaja dan Mateo Garcia untuk memastikan Las Palmas mencipta kemenangan.

Walaupun memiliki kelebihan 2- 0 dari perlawanan pertama, jurulatih Atletico, Diego Simeone tidak mengambil sebarang risiko dengan menurunkan skuad terkuatnya.

Griezmann berkunjung ke Zurich Isnin lepas untuk menghadiri majlis gala FIFA dan mempunyai peluang awal untuk membuka jaringan pada minit ke-23 tetapi rem- batannya tepat ke dakapan penjaga gol Raul Lizoain.

Las Palmas mempunyai peluang untuk kembali bersaing ketika Miguel Angel Moya menepis satu tandukan Livaja sebelum Tana merembat bola muntah terlalu tinggi dari sasaran.

Griezmann menjaringk­an gol buat kali pertama dalam La Liga sejak tiga bulan ketika Atletico menewaskan Eibar 20 Sabtu lepas tetapi beliau kini berada di tempoh jaringan terbaik beliau musim ini apabila menyempurn­akan hantaran lintang Nicolas Gaitan di awal separuh masa pertama untuk memberikan sedikit kelegaan buat Atletico.

Livaja mengambil sepenuh kesempatan dari kealpaan pemain pertahanan Atletico, Diego Godin dan Jose Maria Gimenez untuk mengikat kedudukan tetapi empat minit kemudian, Correa meletakkan Atletico kembali di hadapan.

Permainan semakin mendebarka­n apabila Livaja mengikat kedudukan seminit sebelum tamat masa sebenar sebelum Garcia menjaringk­an gol ketiga Las Palmas pada minit kecederaan tetapi gol penyamaan secara agregat tidak menyusul dengan Atletico berjaya bertahan sehingga ke wisel penamat. — AFP

 ?? —Gambar AFP ?? TEGAS: Infantino bercakap ketika menghadiri taklimat penutupan mesyuarat Exco FIFA di ibu pejabat FIFA di Zurich, Switzerlan­d Selasa lepas.
—Gambar AFP TEGAS: Infantino bercakap ketika menghadiri taklimat penutupan mesyuarat Exco FIFA di ibu pejabat FIFA di Zurich, Switzerlan­d Selasa lepas.
 ?? — Gambar AFP ?? LICIK: Griezmann (kiri) melepasi kekangan pemain pertahanan Las Palmas, Aythami Artiles pada perlawanan di Stadium Vicente Calderon, Madrid pada Selasa lepas.
— Gambar AFP LICIK: Griezmann (kiri) melepasi kekangan pemain pertahanan Las Palmas, Aythami Artiles pada perlawanan di Stadium Vicente Calderon, Madrid pada Selasa lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia