Utusan Borneo (Sarawak)

Piala Dunia 2026 bakal melibatkan 48 pasukan

-

Z U - RICH, S w i t - z e r - l a n d : B a d a n i n d u k bola sepak d u n i a (FIFA), mengundi menambah penyertaan pasukan di Piala Dunia kepada 48 bermula dari tahun 2026 dalam apa yang merupakan ‘ kemenangan’ buat presidenny­a, Gianni Infantino tetapi dikritik kerana bermotif wang dan politik. Dalam satu keputusan penting yang akan menambah pendapatan FIFA, majlis FIFA sebulat suara menyokong format dengan 16 kumpulan yang terdiri dari tiga pasukan yang akan membawa “faedah tanpa negatif,” kata Infantino. “Kami harus membentuk Piala Dunia pada Kurun ke-21... bola sepak adalah lebih dari tentang Eropah dan Amerika Se- latan,” kata Infantino, yang berusaha gigih untuk satu perubahan, selepas undian.

“Banyak lagi negara akan mempunyai peluang untuk mencapai impian.”

Ia mewakili satu perubahan besar kepada Piala Dunia sejak penambahan dari 24 pasukan kepada 32 pasukan format semasa untuk Piala Dunia 1998 di Perancis.

Namun banyak kritikan terhadap langkah tersebut melabelkan ia sebagai “mengaut kewangan dan kuasa” oleh FIFA Baharu Sekarang, sebuah kumpulan yang berkempen untuk reformasi dalam FIFA.

Infantino memegang jawatan 11 bulan yang lalu dengan satu ikrar untuk memulihkan kerosakan yang dilakukan semasa penggal bekas presiden, Sepp Blatter, dengan mengembang- kan bola sepak ke seluruh dunia.

Menambah penyertaan di Piala Dunia adalah antara kunci utama visi beliau tetapi penentang beliau berkata kejohanan yang besar akan mengurangk­an kualiti permainan dan membebanka­n pemain yang sudah keletihan, terutama sekali dalam liga-liga utama di Eropah.

Persatuan Kelab Eropah (ECA) yang berpengaru­h, menegaskan sekali lagi bantahan terhadap perubahan itu dengan menggambar­kan format semasa Piala Dunia “adalah satu formula sempurna”.

“Kami memahami keputusan yang telah dibuat berdasarka­n isu politik berbanding sukan dan di bawah tekanan politik, sesuatu yang dikesali ECA,” kata badan yang mewakili kelab-kelab utama di Eropah.

Format baharu akan memastikan 80 perlawanan – 16 perlawanan lebih banyak dari format sedia ada – tetapi apa yang penting, ia masih berlangsun­g dalam tempoh yang sama – 32 hari, sesuatu yang boleh diterima kepada mereka yang tidak mahu pemain keletihan.

Dua pasukan dari setiap kumpulan akan layak ke pusingan kalah mati 32 pasukan.

Benua Afrika dan Asia mungkin ‘ pemenang’ terbesar dengan pertambaha­n pasukan mereka di Piala Dunia – dengan Afrika ketika ini mempunyai lima wakil dan Asia mempunyai empat setengah wakil.

Satu sumber yang rapat kepada FIFA memberitah­u AFP di mana Eropah akan memperoleh­i 16 slot, tam- bahan tiga dari format lama dengan Afrika memperoleh­i sembilan.

Bidaan untuk tuan rumah Piala Dunia 2026 masih belum dibuka tetapi FIFA membuka pintu untuk perkongsia­n penganjura­n sehingga tiga negara.

Keputusan bersejarah Selasa lepas adalah perubahan terbaharu Piala Dunia, yang telah menyaksika­n populariti dan kekuatan kewanganny­a melonjak sejak kejohanan pertama pada 1930.

Pada Piala Dunia yang pertama itu, hanya 13 negara bertanding dan dimenangi oleh pasukan tuan rumah, Uruguay.

Piala Dunia ditambah kepada 24 pasukan di Piala Dunia 1982 Sepanyol sebelum ditambah ke format 32 pasukan di Piala Dunia 1998 Perancis. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia