Utusan Borneo (Sarawak)

BAM: Penutupan Stadium Juara tidak akan jejaskan latihan

-

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memberi jaminan bahawa pemain negara tidak akan menghadapi kesulitan menjalani latihan walaupun Stadium Juara di Bukit Kiara di sini akan ditutup sementara bagi pengubahsu­aian menghadapi Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur, Ogos ini.

Timbalan Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) dan Perbadanan Stadium Malaysia akan mengarahka­n penutupan Stadium Juara antara bulan ini sehingga Februari.

Katanya, beliau yakin Akademi Badminton Kebangsaan yang terletak di belakang Stadium Juara itu boleh digunakan secara berperingk­at pada bulan depan.

“Sekarang ini adalah proses kerjasama dengan KBS, JKR (Jabatan Kerja Raya) serta kontraktor dalam menentukan proses penyerahan Akademi iaitu dijangka pada Februari ini.

“Kita berharap 18 gelanggang badminton sekarang ini dapat diganti dengan 18 gelanggang di akademi itu nanti. Untuk peringkat awal kami akan mendapat pejabat dan dewan badminton,” katanya kepada pemberita di Pusat Konvensyen Sime Darby di sini semalam.

Mohamad Norza berkata keseluruha­n fasiliti Akademi Badminton dapat digunakan pada Mac atau April ini.

Akademi lapan tingkat itu mempunyai kelengkapa­n seperti gelanggang badminton, gimnasium, auditorium, ruang serbaguna, pejabat serta tempat letak kereta serta asrama, mula dibina pada 3 Mac 2014.

Mohamad Norza ditemui pemberita pada majlis hak penyiaran eksklusif Astro-BAM selama lima tahun sehingga Oktober 2021.

Astro Arena akan membuat liputan komprehens­if daripada kejohanan saingan domestik dan bertaraf antarabang­sa di saluran Arena 801 dan 802HD serta di rangkaian ‘Astro SuperSport’ dan ‘Astro on the Go’.

Melalui kerjasama itu BAM telah melantik Astro Arena sebagai rakan penyiar rasmi eksklusif di Malaysia dan Brunei seperti liputan Kejohanan Grand Prix Emas Malaysia Masters, Kejohanan Kebangsaan, Kejohanan Terbuka Malaysia Super Series, Kejohanan Remaja Terbuka Antarabang­sa Malaysia dan Kejohanan Cabaran Antarabang­sa Malaysia.

Pemangku Presiden BAM, Tan Sri Mohd AlAmin berkata, perjanjian kerjasama dengan Astro Arena sejak 2010 itu telah menjadikan sukan badminton antara sukan yang paling digemari oleh rakyat Malaysia. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERJANJIAN DIMETERAI: Mohd Al-Amin (enam kanan) bersama Pengurus Besar Astro Arena John Nienabar (lima, kiri) bertukar raket sebagai simbolik perjanjian hak penyiaran eksklusif antara Astro Arena dan BAM di Bukit Kiaradi Kuala Lumpur semalam. Turut...
— Gambar Bernama PERJANJIAN DIMETERAI: Mohd Al-Amin (enam kanan) bersama Pengurus Besar Astro Arena John Nienabar (lima, kiri) bertukar raket sebagai simbolik perjanjian hak penyiaran eksklusif antara Astro Arena dan BAM di Bukit Kiaradi Kuala Lumpur semalam. Turut...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia