Utusan Borneo (Sarawak)

Senarai lengkap Sarawak mungkin hanya diketahui minggu hadapan

-

KUCHING: Senarai lengkap pemain Liga Super Sarawak mungkin hanya dapat diketahui pada minggu hadapan, kata ketua jurulatihn­ya David Usop.

Menurut David, beliau masih belum menemui penyerang import yang benar-benar mampu menggalas tugas dengan berkesan di gawang Sarawak.

Beliau turut mengakui penyerang import yang sedang menjalani ujian ketika ini belum memenuhi citarasa dikehendak­inya dan gagal menyerlah ketika diuji pada perlawanan persahabat­an menentang Sabah Ahad lalu.

“Kita masih mempunyai masa untuk mencari pemain yang benar- benar mantap kerana tarikh tutup pendaftara­n pada 20 Januari ini.

“Kita tidak mahu tersalah pilih dan hanya mahukan penyerang yang benar-benar berkualiti serta mampu memikul tugas diberikan,” katanya di sini semalam.

Ketika ini, dua pemain tinggal untuk merebut slot penyerang utama iaitu Boakay Eddie Froday (Liberia) dan Bruno Baiano (Brazil) manakala dua lagi Mohamed Thalaat (Mesir) dan Mamadou Diallo Lamarana (Guinea) telah kembali ke negara masing-masing selepas gagal menyerlah.

Mengenai pemain pertahanan, David berkata seorang lagi pemain dari Brazil dijangka tiba hari ini untuk mencuba nasib bagi mengisi posisi tersebut.

Bagaimanap­un, beliau menegaskan pemain itu perlu membuktika­n kemampuan- nya berbanding dua pemain yang sedang menjalani ujian ketika ini iaitu Kim Seong Hyeon (Korea Selatan) dan Danilo Rafael Dos Santos (Brazil).

Sarawak akan mengadakan perlawanan persahabat­an menentang Kuching pada Jumaat ini bermula jam 4 petang di Stadium Negeri, Petra Jaya.

 ??  ?? GAGAL MENYERLAH: Mohamed Thalaat (kanan) dan Mamadou (dua kiri) gagal menyerlah pada perlawanan persahabat­an menentang Sabah Ahad lalu.
GAGAL MENYERLAH: Mohamed Thalaat (kanan) dan Mamadou (dua kiri) gagal menyerlah pada perlawanan persahabat­an menentang Sabah Ahad lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia