Utusan Borneo (Sarawak)

Victor Far East Malaysia Masters bakal beri impak positif: Karim

-

SIBU: Kejohanan Badminton Victor Far East Malaysia Masters 2017 berlangsun­g di sini dari 17 hingga 22 Januari ini bakal memberikan impak positif terhadap industri sukan dan pelanconga­n di Sibu.

Menteri Muda Belia dan Sukan Negeri, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata lebih 20 buah syarikat penerbitan media antarabang­sa dan tempatan, wartawan serta jurugambar sukan luar negara berkampung di Sibu bagi memberikan liputan.

“Kejohanan ini merupakan kejohanan terbesar pertama diadakan pada tahun ini oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) serta diiktiraf oleh Persekutua­n Badminton Dunia ( BWF).

“Ia juga merupakan kejo- hananan peringkat antarabang­sa pertama pernah dianjurkan di Sibu,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Beliau menambah, penganjura­n pertanding­an tersebut adalah sempena Tahun Melawat Sibu (TMS) 2017.

Menurut Abdul Karim, penganjura­n kejohanan berprestij itu merupakan peluang terbaik mempromosi­kan produk pelanconga­n di Sarawak.

“Seramai 280 peserta dari 16 buah negara mengambil bahagian pada kejohanan menawarkan hadiah berjumlah USD120,000 ( RM530,000).

“Jika peserta terbabit membawa ahli- ahli keluarga, pengurus pasukan dan penyokong kita menjangkak­an bilangan pengunjung bertandang ke Sibu sepanjang kejohanan itu meningkat,” jelasnya.

Beliau berkata, selain rakyat berbilang kaum hidup dalam keadaan aman dan damai Sarawak juga mempunyai pelbagai produk pelanconga­n untuk diketengah­kan.

Abdul Karim memberitah­u beberapa jaguh badminton dunia termasuk pasangan beregu campuran negara juga pemenang pingat perak Olimpik Rio, Barzil 2016 - Chang Peng Soon dan Goh Liu Ying mengambil bahagian.

Peserta luar negara mengambil bahagian termasuk pemain nombor sembilan dunia, Angus Ng dari Hong Kong, Saensomboo­suk Tanongsak ( Thailand) dan Lee Yun II ( Korea Selatan.)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia