Utusan Borneo (Sarawak)

Batalion 10 RRD sambut ulang tahun ke-37

- Oleh Henrietta Liza

PERBARISAN Ulang Tahun Ke-37 Batalion Ke10 Rejimen Renjer Diraja (10 RRD) di Kem Muara Tuang di Kota Samarahan disambut dengan meriah kelmarin.

Majlis telah disempurna­kan oleh Pegawai Memerintah Batalion Ke-10 Rejimen Renjer Diraja (10 RRD), Leftenan Kolonel Azman Zainuddin diiringi Penolong Pegawai Memerintah 10 RRD, Mejar Saiful Fitri Mat Rashid, Pegawai Gerakan 10 RRD Mejar Paul Ondahal dan Rejimen Sarjan 10 RRD Mejar PW 1 Jabun Lajang.

Sejarah awal penubuhan Batalion 10 RRD bermula di Wade Wing, Kementah pada 1 Januari 1980 dengan kekuatan seramai dua pegawai dan 22 anggota lain-lain pangkat diketuai Pegawai Memerintah yang pertama Leftenan Kolonel Mohd Johari Selan.

Penempatan pertama adalah di Bau tetapi setelah mencapai status operasi pada 3 Januari 1981, 10 RRD telah ditugaskan untuk melaksanak­an Operasi Kris Parang/Gabungan di kawasan Lundu.

Mulai 15 Januari 1981 sehingga 5 Mac 1981 10 RRD seterusnya terlibat dengan pelbagai tugas operasi di seluruh negara, antaranya Operasi Kemudi Satu di kawasan Kalimantan Barat, Operasi Idaman Tiga di kawasan Kanowit, Operasi Kota Echo di Klian Intan, Perak dan Operasi Bersih III di sempadan Malaysia-Thailand.

Selain tugas operasi 10 RRD juga mempamerka­n kecemerlan­gan dalam bidang latihan juga sukan.

Walau bagaimanap­un, disebabkan kerajaan mahu mengurangk­an paras kekuatan Tentera Darat (TD) pada ketika itu, maka 10 RRD telah diputuskan untuk diserap masuk ke batalion RRD yang lain

Pembubaran 10 RRD diadakan dengan Istiadat Paluan Berundur pada 12 Julai 1995 di Padang Kawad Kem Oya, Sibu dirasmikan Panglima TD pada masa itu iaitu Dato Che Md Noor Mat Arshad.

Selaras dengan hasrat pucuk pimpinan tertinggi TD untuk melengkapk­an Briged Ke-3 Infantri Malaysia dengan tiga buah batalion Infantri, Batalion 10 RRD kemudiaann­ya telah ditubuhkan semula pada 1 Oktober 2009 dan rancangan pengisian perjawatan telah dilaksanak­an secara berperingk­at sehingga 2015.

Bagi 10 RRD, kecemerlan­gan batalion yang telah diwarisi semenjak ditubuhkan pada peringkat awal sehingga ditubuhkan semula merupakan satu limpahan rahmat

Semenjak diberi taraf operasi pada 1 Mei 2015 yang lepas, 10 RRD telah membuktika­n bahawa ia mampu menggalas tugas dan tanggungja­wab mempertaha­nkan kedaulatan tanah air.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengerusi BAKAT 10 RRD Salmi Tajuddin, pelatih diploma INTAN selain pesara dan bakal pesara 10 RRD.

 ??  ?? SEGAK: Batalion 10 RRD bergambar selepas selesai majlis Perbarisan Ulang Tahun Ke-37 Batalion Ke-10 Rejimen Renjer Diraja (10 RRD) yang diadakan di Kem Muara Tuang di Kota Samarahan, kelmarin. ULANG TAHUN: Azman (tengah) dan kenamaan lain memotong...
SEGAK: Batalion 10 RRD bergambar selepas selesai majlis Perbarisan Ulang Tahun Ke-37 Batalion Ke-10 Rejimen Renjer Diraja (10 RRD) yang diadakan di Kem Muara Tuang di Kota Samarahan, kelmarin. ULANG TAHUN: Azman (tengah) dan kenamaan lain memotong...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia