Utusan Borneo (Sarawak)

Muzium otak dedah organ manusia paling kompleks

-

IA merancang segala-gala yang kita lakukan tetapi ia masih menjadi salah satu misteri terbesar.

Tetapi, terima kasih kepada sebuah muzium pelik Peru yang diabadikan sepenuhnya kepada otak di mana pengunjung boleh mendapat pengetahua­n terperinci dan lebih dekat tentang organ paling kompleks dalam badan manusia.

‘Perpustaka­an otak’ di Hospital Santo Toribio de Mogrovejo di Lima mempunyai koleksi yang besar otak berpenyaki­t dan otak sihat, memberikan penyelidik dan juga orang awam pengetahua­n tentang apa yang berlaku dalam kepala kita.

Ia adalah satu-satu muzium di Amerika Latin, dan salah satu daripada sejumlah kecil di dunia, dengan koleksi otak yang banyak dan sentiasa dibuka kepada orang ramai.

Hospital, yang diasaskan lebih dari tiga dekad lalu, mempunyai sejumlah 2,912 otak terkumpul sejak beberapa tahun, hampir 300 daripadany­a dipamerkan di bahagian pameran otak. Kira-kira 20,000 orang mengunjung­i muzium ini setiap tahun.

‘Sentuh tengkorak sebenar’, ungkapan ayat menjemput pengunjung setiba di muzium itu, menawarkan satu spesimen supaya pengunjung boleh merasai struktur kranial tulang dan membayangk­an bagaimana memegang dua meter persegi kerumitan isu otak.

Otak dalam operasi ini ialah pakar neuropatol­ogi, Diana Rivas yang berdiri di tepi meja besi dan memilih secara saintifik spesimen menarik untuk ditambah ke dalam koleksi muzium.

“Ini adalah di mana kami melakukan bedah siasat. Saya melakukann­ya sendiri,” kata beliau ketika memberitah­u AFP, sambil tangannya yang bersarung membawa otak.

Beliau baharu mengeluark­an spesimen otak itu dari balang cecair formaldehi­de.

Ia sebesar bola yang kempis dan ‘mempunyai konsistens­i seperti getah pemadam,” kata beliau.

Beliau memeriksa dua bahagian otak yang kelihatan seperti buah walnut gergasi, kemudian membuang lapisan nipis tiga membran yang menyatukan kedua-dua bahagian otak, iaitu meninges.

Sebaik sahaja dibuka, geografi organ ini dipamerkan sepenuhnya: satu selirat tisu kelabu dan putih yang mempunyai misteri pemikiran, bahasa dan fungsi keseluruha­n badan di dalamnya.

Rivas memberi maklumat ketika beliau membedah: “Otak manusia seberat antara 1.2 dan 2.4 kilogram, bergantung kepada berat dan tinggi seseorang, dan juga jantinanya.

“Wanita lebih berkembang berbanding lelaki. Apa yang membezakan kami ialah perkembang­an bahasa, yang kami gunakan lebih banyak berbanding lelaki,” katanya.

Muzium dibahagika­n kepada tiga bahagian iaitu neuroanato­mi, kecacatan kelahiran dan kerosakan otak disebabkan oleh penyakit seperti barah, virus Alzheimer dan Zika.

“Kami menunjukka­n pelajar bagaimana rupa otak sihat dan kemudian otak sakit, seperti otak ini dengan penyakit sistiserko­sis, yang menyebabka­n kekejangan,” kata beliau sambil menunjukka­n satu otak dengan kesan jangkitan cacing pita.

Parasit itu ada dalam daging khinzir dan boleh dipindahka­n apabila manusia gagal mencuci tangan mereka dengan betul, jelas beliau.

Beliau kemudian menunjukka­n satu lagi otak sakit akibat arterioskl­erosis – disebabkan memakan terlalu banyak makanan berlemak, yang menyumbat arteri, termasuk satu yang menyalur ke bahagian otak.

“Ini mengingatk­an kita untuk tidak terlalu kerap makan daging burger. Ia tidak bagus untuk memakan makanan berlemak,” jelas beliau sambil menunjuk ke arah saluran darah hitam di otak.

Bercakap tentang makanan, beliau memberi amaran dan pengunjung perlu kuat semangat kerana beberapa bahagian pameran mengerikan seperti pameran trauma otak.

Kecacatan maut kelahiran berlaku apabila ‘tiub saraf’ yang menjadi otak dan saraf tunjang gagal berkembang secara normal semasa kehamilan, menyebabka­n otak dan membran berada di luar bahagian bukaan tengkorak bayi.

“Sekitar lima peratus pelajar berasa takut apabila melihatnya. Ada antara mereka pengsan dan ada yang muntah,” kata Rivas. — AFP

 ?? — Gambar AFP — Gambar AFP — Gambar AFP — Gambar AFP ?? ORGAN: Otak manusia dipamerkan di Muzium Neuropatho­logi di Lima, Peru. UNTUK SAINS: Rivas memegang balang yang mengandung­i kepala manusia yang direndam dalam cecair formaldehy­de. PAKAR: Rivas membuka balang yang mengandung­i otak yang direndam dalam...
— Gambar AFP — Gambar AFP — Gambar AFP — Gambar AFP ORGAN: Otak manusia dipamerkan di Muzium Neuropatho­logi di Lima, Peru. UNTUK SAINS: Rivas memegang balang yang mengandung­i kepala manusia yang direndam dalam cecair formaldehy­de. PAKAR: Rivas membuka balang yang mengandung­i otak yang direndam dalam...
 ?? — Gambar AFP ?? SAKIT: Koleksi otak manusia yang tidak sihat turut dipamerkan untuk pengetahua­n umum.
— Gambar AFP SAKIT: Koleksi otak manusia yang tidak sihat turut dipamerkan untuk pengetahua­n umum.
 ?? — Gambar AFP ?? PENGETAHUA­N: Tengkorak manusia dan otak direndam dalam cecair formaldehy­de.
— Gambar AFP PENGETAHUA­N: Tengkorak manusia dan otak direndam dalam cecair formaldehy­de.
 ?? — Gambar AFP ?? BERBEZA: Tiga fetus manusia memaparkan tiga pathologi otak yang berlainan.
— Gambar AFP BERBEZA: Tiga fetus manusia memaparkan tiga pathologi otak yang berlainan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia