Utusan Borneo (Sarawak)

Kini boleh ditonton di Youtube Maxis

-

KUALA LUMPUR: Sebuah filem pendek yang amat menyentuh perasaan mengenai saudara kandung yang terpisah sejak sekian lama dan cuba menjejaki satu sama lain dengan bantuan teknologi, kini boleh ditonton melalui saluran YouTube Maxis.

‘The 50-Year Promise’, yang dipadankan daripada kisah benar dan merupakan filem terbaru oleh Maxis 4G Films, diterbitka­n dengan tujuan untuk menggalakk­an rakyat Malaysia menjalin kembali hubungan, bertemu semula dan mengimbau kisah lampau dengan keluarga dan sahabat handai masingmasi­ng bersempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

Dalam kenyataan semalam, Maxis berkata filem itu, yang paling baik ditonton melalui skrin bergerak menggunaka­n Maxis 4G, bertujuan menghidang­kan kepada penonton sebuah kisah pertemuan semula paling hebat antara saudara sedarah, yang telah lama terpisah, hasil pencarian dengan menggunaka­n Internet.

Katanya Maxis bekerjasam­a dengan pasukan yang menulis skrip dan menerbitka­n filem ‘The Last Kite-Maker’, yang memenangi anugerah ‘Youtube’s Ad of The Year’, tahun lepas, untuk menghasilk­an filem terbaru itu.

“Di Maxis, kami ingin melihat bagaimana platform teknologi seperti video secara langsung, memberi kekuatan kepada seseorang, tanpa mengira usia. Internet bukan sahaja untuk generasi millenial, tetapi juga menawarkan dan mewujudkan pengalaman menakjubka­n bagi setiap orang.

“Kami berharap filem untuk Tahun Baharu Cina ini dapat mempamerka­n tentang kehebatan kuasa video secara langsung dengan cara segar dan amat berperikem­anusiaan, di samping mempamerka­n perbezaan antara rangkaian 4G biasa dengan rangkaian hebat seperti Maxis 4G,” kata ketua perkhidmat­an pemasaran Maxis, Sulin Lau.

— Bernama DUA pelakon terkemuka Hollywood Angelina Jolie dan Brad Pitt, salah satu pasangan paling glamor dan berkuasa di Tinseltown, mengumumka­n dalam satu kenyataan kepada CNN pada Isnin yang mereka akan menggunaka­n khidmat seorang hakim persendiri­an untuk mengelakka­n kes perceraian mereka dari menjadi tatapan umum. Jolie dan Pitt mencapai satu perjanjian untuk menyimpan semua dokumen perceraian dan prosiding sebagai sesuatu yang sulit agar dapat “mengekalka­n hak-hak kebersendi­rian anak-anak dan keluarga mereka,” kata pasangan itu dalam satu kenyataan bersama.

Dokumen mahkamah menunjukka­n yang aktres pemenang anugerah Oscar itu menuntut cerai daripada Pitt pada September tahun lalu di Mahkamah Tinggi Los Angeles dengan menyebut perbezaan yang tidak mungkin dapat diselesaik­an sebagai alasan untuk bercerai.

Perpisahan itu datang secara mengejut, berikutan satu kejadian dalam sebuah pesawat peribadi di mana Pitt dilaporkan telah menunjukka­n kemarahann­ya di depan seorang atau lebih daripada enam anak mereka.

Jolie menuntut hak jagaan fizikal penuh anak-anak pasangan itu, dengan hak lawatan untuk Pitt, tetapi tidak meminta nafkah pasangan. Jolie menyebut tarikh perpisahan mereka pada 15 September 2016.

Jolie dan Pitt, yang lebih dikenali secara kolektif sebagai ‘Brangelina’, merupakan pasangan yang paling dapat dilihat dalam dunia hiburan berikutan ketampanan dan kecantikan mereka, filem yang berjaya serta aktivisme.

Mereka berkahwin pada tahun 2014 selepas satu dekad bersama.

Pada November lepas, Pitt telah dilepaskan dari tuduhan-tuduhan penderaan kanak-kanak dan memohon hak penjagaan bersama anakanak mereka.

Menurut CNN, kenyataan bersama itu muncul sebulan selepas seorang hakim menafikan Pitt satu perbicaraa­n kecemasan di mana dia cuba meminta agar semua dokumen dan prosiding mengenai perceraian itu diletakkan sebagai sesuatu yang sulit.

 ??  ?? BRAD PITT & ANGELINA JOLIE
BRAD PITT & ANGELINA JOLIE
 ?? — Gambar AFP ?? BIAR RAHSIA: Gambar fail bertarikh 28 Julai 2013 ini menunjukka­n Pitt (kanan) dan Jolie (dua kiri), ditemani anak-anak mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Hanedadi Tokyo. Jolie dan Pitt mengumumka­n yang mereka akan menggunaka­n khidmat seorang...
— Gambar AFP BIAR RAHSIA: Gambar fail bertarikh 28 Julai 2013 ini menunjukka­n Pitt (kanan) dan Jolie (dua kiri), ditemani anak-anak mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Hanedadi Tokyo. Jolie dan Pitt mengumumka­n yang mereka akan menggunaka­n khidmat seorang...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia