Utusan Borneo (Sarawak)

Perkongsia­n viral, calon ujian lesen memandu mohon maaf

-

TAWAU: Seorang lelaki memohon maaf secara terbuka kepada Institut Memandu Cemerlang Tawau kerana memuat naik status berhubung ketidakpua­san hatinya di media sosial, 6 Januari lepas.

Status yang dimuat naik lelaki itu di akaun Facebook miliknya menggunaka­n nama Terkesima Skp menjadi viral dan dikatakan mengundang kemarahan pihak tertentu.

Sudirman Kacopiri, 27, berkata, permohonan maafnya juga ditujukan kepada kesemua tenaga pengajar di institut memandu itu khususnya individu yang dikenali sebagai Cikgu Ah Hiew.

“Tindakan itu dibuat kerana didorong rasa curiga terhadap markah terkumpul saya usai menjalani ujian memandu dengan Jabatan Pengangkut­an Jalan ( JPJ) pada hari terbabit.

“Sejujurnya, saya benarbenar bimbang jika markah terkumpul yang diperolehi dalam ujian itu sudah dimanipula­si oleh pihak tertentu (bukan JPJ),” katanya di sini, kelmarin.

Sudirman berkata beliau juga sudah mendapatka­n nasihat polis berhubung kes terbabit namun, atas nasihat majikan dan ibunya, dia akur untuk tidak memanjangk­an hal itu.

Menurutnya, perbincang­an lanjut juga sudah diadakan dengan pihak institut memandu berkenaan yang sudi bertolak ansur untuk menyelesai­kan kes itu dengan baik.

“Berdasarka­n jumlah terkumpul markah saya adalah sebanyak 84 mata iaitu melebihi syarat lulus 80 mata, tetapi saya dikatakan melakukan kesalahan mandatori,” katanya.

Beliau akur atas kegagalann­ya namun belum serik untuk menduduki ujian itu sekali lagi kerana sudah menyimpan impian semenjak empat tahun lalu.

“Kita perlu mematuhi undang-undang negara dan paling mustahak untuk menjadi pemandu kompeten, celik undang-undang serta mempunyai lesen memandu yang sah.

“Saya menghargai kerjasama yang diberikan oleh Institut Memandu Cemerlang kerana sudi bertolak ansur dan saya juga berterima kasih kepada orang tua dan majikan yang memahami situasi yang dihadapi,” katanya.

Untuk rekod, Sudirman menduduki ujian memandu untuk mendapatka­n Lesen Kategori H-Traktor/ Jentera Bergerak Berat ( Beroda) BTM Melebihi 5,000kg pada 6 Januari lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia