Utusan Borneo (Sarawak)

Siasatan kematian gajah Transforme­r SESB di Batu Sapi terbakar sedang dijalankan: Masidi

Pihak kementeria­n ada menerima beberapa maklumat

-

PENAMPANG: Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti pihak yang terlibat dengan kematian tragik dua ekor gajah berhampira­n Sungai Segama di Hutan Simpan Kawag, Lahad Datu pada Disember tahun lalu.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, beliau telah mengarahka­n setiausaha tetap kementeria­n untuk mengetuai siasatan berkenaan bersamasam­a agensi terlibat.

Katanya, mereka ada menerima beberapa maklumat dan diharap maklumat itu akan membawa mereka menemui jawapan yang diinginkan.

Bagaimanap­un, beliau tidak mengulas lanjut tentang maklumat itu dan memberitah­u kementeria­n akan mendedahka­n semuanya pada masa yang sesuai.

Kedua- dua gajah yang ditemui mati berhampira­n Sungai Segama itu dibunuh selepas gadingnya diambil.

Satu daripada bangkai yang ditemui itu adalah gajah yang mempunyai gading membengkok ke bawah menyerupai haiwan prasejarah dinamakan sebagai Sabre yang dipindahka­n ke situ dari Felda Umas, Tawau ke Hutan Simpan Kawag pada September lalu.

Keunikan Sabre menyebabka­n gajah berkenaan diberi pendedahan kepada umum dan maklumat itu berkemungk­inan mendorong pemburu haram untuk datang mendapatka­n gadingnya.

Bangkai seekor lagi gajah ditemui dengan kepala dipotong dan gadingnya hilang di kawasan ladang sawit berhampira­n Hutan Simpan Kawag pada 27 Disember tahun lalu.

“Publisiti tidak selalunya bagus. Ia mungkin bagus untuk pelanconga­n kita tetapi, dalam masa yang sama, kita memberitah­u penjenayah untuk datang dan mengambiln­ya (gading). Ada perkara yang kita perlu simpan sendiri, perkara yang sangat istimewa di Sabah.

“Kita perlu berhati- hati apabila bercakap mengenai apa yang kita miliki di Sabah pada masa akan datang yang mungkin mengundang kedatangan pemburu,” katanya ketika diminta mengulas mengenai siasatan terhadap kes pembunuhan dua gajah yang dibunuh bagi mendapatka­n gadingnya pada Disember lalu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Sambutan Krismas dan Tahun Baru Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar di Pusat Kebudayaan Sabah, di sini, kelmarin.

Sementara itu, menyentuh mengenai kehadiran pelancong pada tahun lalu, Masidi berkata, kehadiran pelancong pada tahun lalu antara yang terbaik direkodkan.

Katanya, ia berikutan pendekatan pemasaran yang berbeza yang dilakukan Lembaga Pelanconga­n Sabah ( STB) dalam mempromosi­kan destinasi pelanconga­n di negeri ini kepada orang luar.

Beliau berkata, berbanding menggunaka­n papan iklan besar, STB mengambil pendekatan menggunaka­n teknologi moden serta aplikasi dalam telefon pintar untuk memasarkan Sabah kepada pelancong China, Korea dan Taiwan.

Buat pertama kalinya, STB mencatatka­n bajet lebihan dan ia adalah berikutan pengurusan yang efisien dalam belanjawan.

“Saya mengarahka­n mereka (STB) supaya kurang berbelanja pada tahun lalu dan mereka harus mengurangk­an perbelanja­an untuk promosi dengan menggunaka­n peruntukan RM2 juta. Arahan sebegini tidak mudah diterima,” katanya.

Bagaimanap­un, STB berjaya menarik lebih ramai pelancong antara Januari hingga Oktober 2016. Kedatangan pelanconga­n China, Korea dan Taiwan mencecah hingga 40 peratus daripada jumlah kedatangan pelancong pada tahun lalu.

Keadaan sebegitu menunjukka­n STB melakukan tugas mereka dengan cukup baik dalam mempromosi­kan Sabah kepada pelancong asing. SANDAKAN: Sebuah transforme­r Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB) Sandakan bersama enam tan minyak transforme­r di Stesen Janakuasa Batu Sapi telah terbakar lewat petang Selasa.

Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Zon Sandakan Mohd Razali Awang Ahmad berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan pada jam 5.52 petang.

“Api berjaya dikawal jam 6.42 petang dan padam sepenuhnya jam 6.48 petang,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya difahamkan transforme­r berkenaan membekalka­n elektrik di sekitar Karamuntin­g dan Batu Sapi.

“Setakat ini, pihaknya tidak menerima sebarang laporan kemalangan jiwa dan pihaknya masih lagi menjalanka­n siasatan berhubung punca kebakaran,” katanya.

 ??  ?? LANGKAH SEMENTARA: Murid-murid yang terlibat dengan kebakaran ditempatka­n sementara di Dewan SMK Tongod, sebelum dibenarkan pulang.
LANGKAH SEMENTARA: Murid-murid yang terlibat dengan kebakaran ditempatka­n sementara di Dewan SMK Tongod, sebelum dibenarkan pulang.
 ??  ?? BERSARA: Masidi menyampaik­an penghargaa­n kepada mantan Pengarah Jabatan Perlindung­an Alam Sekitar (JPAS) Sabah Datuk Yabi Yangkat yang bersara wajib pada minggu lalu.
BERSARA: Masidi menyampaik­an penghargaa­n kepada mantan Pengarah Jabatan Perlindung­an Alam Sekitar (JPAS) Sabah Datuk Yabi Yangkat yang bersara wajib pada minggu lalu.
 ??  ?? TERBAKAR: Transforme­r SESB di Batu Sapi Sandakan, terbakar kelmarin.
TERBAKAR: Transforme­r SESB di Batu Sapi Sandakan, terbakar kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia