Utusan Borneo (Sarawak)

Mangsa bencana rumah roboh terima bantuan kewangan

-

KINABATANG­AN: Seramai 61 murid asrama SK Pekan Tongod akan ditempatka­n sementara di bangunan bekas asrama SMK Tongod selepas bangunan asrama sekolah rendah itu musnah dalam kebakaran, lewat petang Isnin.

Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah Datuk Dr Mohd Kassim Mohd Ibrahim berkata, asrama berkenaan tidak digunakan oleh SMK Tongod dan terletak bersebelah­an SK Pekan Tongod.

Katanya, langkah itu membolehka­n 61 murid iaitu 32 lelaki dan 29 perempuan SK Pekan Tongod yang tinggal di asrama dapat meneruskan sesi persekolah­an.

“Ia adalah tindakan jangka pendek yang diambil bagi memastikan murid terlibat dapat meneruskan sesi persekolah­an,” katanya selepas mendengar taklimat kejadian itu daripada Pegawai Pendidikan Daerah Tongod dan Telupid Mahanin Othman di SMK Tongod, kelmarin.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Kuamut Datuk Masiung Banah.

Kassim berkata, pakaian sekolah dan buku juga akan diberikan kepada murid yang terjejas akibat kebakaran itu.

“Tindakan jangka panjang adalah membabitka­n pembinaan semula asrama SK Pekan Tongod yang didiami oleh murid yang tinggal jauh di pedalaman Tongod,” katanya.

Katanya, apa yang penting ialah semua murid yang tinggal di asrama desa itu selamat.

Terdahulu, Mahanin dalam taklimatny­a berkata ketika kejadian semua murid berkenaan berada di dewan makan asrama yang turut terbakar dalam kejadian itu.

Menurutnya api bermula dari asrama lelaki dipercayai akibat litar pintas dan merebak dengan cepat.

“Tindakan pantas warden asrama membawa murid asrama keluar dari kawasan itu membolehka­n semua murid selamat,” katanya.

Mahanin berkata semua murid, warden dan tiga guru yang tinggal di asrama itu tinggal sehelai sepinggang.

Beliau berkata, segelintir murid terlibat yang balik ke rumah mereka boleh meneruskan sesi persekolah­an. SANDAKAN: Keluarga bencana rumah roboh di Kampung Lupak Meluas Laut menerima bantuan kewangan daripada Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin, kelmarin.

Rumah berkenaan didiami seorang ibu tunggal, Norah Abdul Tani bersama tiga orang anak, di mana kejadian itu berlaku minggu lepas ketika Norah keluar menjemput anak-anaknya balik dari sekolah.

Norah kini menumpang sementara di rumah jiran berdekatan ekoran kejadian berkenaan.

Linda telah melawat Norah dan anak-anak beliau di Kampung Lupak Meluas Laut, dan meminta Norah supaya bersabar dalam menghadapi bencana yang melanda.

Beliau turut menyampaik­an bantuan kewangan kepada Norah dan berharap sedikit sebanyak akan dapat membantu meringanka­n beban beliau.

Linda juga memberitah­u bahawa beliau akan mengadakan perbincang­an dengan pihak Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS) untuk men- cari jalan terbaik membantu keluarga mangsa yang kehilangan tempat tinggal akibat bencana itu.

 ??  ?? RINGANKAN BEBAN: Linda menyampaik­an bantuan kewangan kepada Norah.
RINGANKAN BEBAN: Linda menyampaik­an bantuan kewangan kepada Norah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia