Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita OKU yang jual tisu nafi dirinya menipu buta

Noraslinda memang dilahirkan cacat, memiliki kad OKU

-

JOHOR BAHRU: Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) Noraslinda Rajoni, 42, menafikan dakwaan yang tular di media sosial mengatakan dirinya menipu menjadi buta dan mengaut keuntungan hasil jualan tisu di sekitar bandar raya ini.

Katanya, dia memang dilahirkan cacat penglihata­n kategori B2 (rabun teruk) dan mata kanannya buta sepenuhnya manakala mata kirinya hanya boleh melihatwar­na yang terang.

“Saya mempunyai masalah penglihata­n sejak dilahirkan, arwah ayah saya Rajuni @ Rajimin Moin, 70, dan ibu, Asiah Mahmod, 67, memang OKU yang mempunyai masalah penglihata­n.

“Kalau nak kata saya menipu buta itu adalah fitnah kerana saya ada kad OKU dan saya tidak menipu orang ramai dengan meminta sedekah sebaliknya menjual tisu yang saya beli dengan modal lebih RM500,” katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.

Berikutan kejadian itu, dia kini tidak keluar bekerja menjual tisu kerana bimbang atas keselamata­nnya setelah dihina, dicaci malah ada yang mengugut inginmencu­cuk matanya.

“Saya sekarang tidak berani hendak berdepan dengan masyarakat, saya pernah dipukul dari arah belakang dan dicaci ketika saya menjual tisu.

“Kesan ini bukan saya seorang yang terima tetapi semua kawan OKU saya yang buta dan rabun yang bekerja sebagai penjual tisu kini dianggap penipu oleh masyarakat sedangkan kami memang bekerja dan itu memang hasil mata pencarian kami,” katanya yang bergantung sepenuhnya pada hasil pendapatan menjual tisu.

Mengenai dakwaan bahawa dia mengaut keuntungan hasil menjual tisu, Noraslinda mengakui ada memasukkan wang berjumlah RM14,000 ke dalam akaun miliknya di sebuah bank di Bandar Baru Uda di sini pada 30 Dis tahun lalu, namun wang itu semua bukanlah miliknya.

“Duit saya hanya RM3,000 sahaja selebihnya adalah duit anak kedua saya yang juga menjual tisu serta duit kawan- kawan OKU yang turut menumpang menyimpan duit dalam akaun saya,” jelasnya.

Ibu kepada empat orang anak itu turut memiliki tiga anak yang cacat penglihata­n iaitu Mohamad Adzmierul Izwan Jafri, 23, Siti Nor Amyliya Natasha Jafri, 20, dan Nur Shazlin Fatihah Shamsol Azli, 13, manakala anak sulungnya Mohamad Adzmierul Aizat Jafri, 25, normal dan bekerja sebagai anggota tentera.

Dalam pada itu, Siti Nor Amyliya Natasha yang kini sedang menuntut di Kolej Perkembang­an Awal Kanakkanak (KPAKK) Damansara Damai, Selangor berkata berikutan insiden itu, dia tidak dapat hadir ke kolej kerana ingin menjaga ibunya.

“Anak mana tidak risau kalau ibunya diugut hendak dicucuk mata oleh orang? Jadi untuk seminggu ini saya tidak pergi ke kolej dahulu untuk menjaga ibu saya dan tunggu sehingga perkara ini selesai,” katanya.

Tambahnya, dia yang juga mempunyai masalah penglihata­n, kini takut hendak keluar berjumpa dengan masyarakat berikutan ancaman di media sosial yang dilontarka­n oleh individu-individu tidak bertanggun­gjawab.

Sementara itu, Timbalan Presiden Pertubuhan Amal Pembanguna­n Usahawan OKU Penglihata­n ( PERKUM) Malaysia Mohammad Faiz Asangku Abdullah berkata pihaknyaki­ni sedang dalam proses meminta khidmat nasihat guaman bagi mengambil tindakanun­dangundang terhadap kakitangan bank yang menyebarka­n butiran peribadi mangsa.

“Kita sangat kesal dengan tindakan individu tersebut sebab ia bukan etika kerja yang betul, kalau dia rasa mangsa menipu, boleh laporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor Bahru,” katanya.

Gambar seorang wanita mengutip derma di Dataran Bandaraya di sini serta memasukkan sejumlah wang didakwa hasil kutipan meminta sedekah menjadi tular di laman sosial barubaru ini sehingga menimbulka­n kemarahan netizen. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? NAFI TIPU: Noraslinda (dua kanan) bersama Noor Hazira (kiri) dan Mohammad Faiz (kanan) menunjukka­n laporan polis berhubung gambarnya diviral kerana dituduh menipu menjadi buta ketika menjual tisu pada sidang media di sebuah hotel, Johor Bahru, semalam.
— Gambar Bernama NAFI TIPU: Noraslinda (dua kanan) bersama Noor Hazira (kiri) dan Mohammad Faiz (kanan) menunjukka­n laporan polis berhubung gambarnya diviral kerana dituduh menipu menjadi buta ketika menjual tisu pada sidang media di sebuah hotel, Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia