Utusan Borneo (Sarawak)

JAIM, Badan Islam Semarang kekang alas kaki guna kertas tulisan al-Quran

-

MELAKA: Kerajaan negeri Melaka melalui Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bekerjasam­a dengan Badan Islam Semarang, Jawa Tengah, Indonesia dalam mengekang penjualan alas kaki menggunaka­n helaian kertas mengandung­i tulisan Al-Quran.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkua­saan JAIM Rahimin Bani berkata kerjasama berkenaan dicapai hasil lawatannya dan Ketua Penolong Pengarah Penyelidik­an JAIM Muhammad Mawardi Shafai ke Jawa Tengah, Indonesia selama tigahari bermula 11 Dis lepas.

Beliau berkata dalam kunjungan berkenaan beliau dan Muhammad Mawardi berpeluang ke pejabat pembekal alas kaki berkenaan yang terletak di Kranggan Kecamatan Semarang, Jawa Tengah, Indonesia.

“Kami berjaya mengesan pembekal alas kaki ini melalui maklumat daripada pemborong di Krubong, Melaka dan kami berjaya rampas alas kaki yang ada, hasil aduan dan maklumat orang ramai sebelum ini.

“Di pejabat berkenaan saya berkesempa­tan berjumpa dengan seorang lelaki berkaitan perusahaan penjualan alas kaki di Indonesia,” katanya kepada Bernama.

Pada 1 Dis lepas, Bernama melaporkan bahawa JAIM berjaya merampas lebih 500 keping alas kaki serupa dalam pemeriksaa­n di sebuah gudang pembekal di Krubong selepas menerima aduan orang awam berhubung alas kaki yang dilapik ayat alQuran yang tular dalam laman sosial baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Rahimin berkata berdasarka­n hasil temu bual dengan warga emas berkenaan, didapati keluargany­a mempunyai sebuah gudang besar di Japara, Jawa Tengah, Indoensia kira-kira 70 kilometer dari Semarang.

Beliau berkata lelaki itu mendakwa alas kaki yang dibekalkan syarikatny­a diperoleh daripada pembekal alas kaki dari seluruh Indonesia dan mereka tidak menyedari terdapat helaian ayat al- Quran yang digunakan sebagai pelapik pada alas kaki berkenaan.

“Hasil pertemuan dengan pihak pengurusan Islam di Semarang melalui Masjid Agung Jawa Tengah, mereka menyatakan terima kasih kepada kerajaan negeri Melaka yang menyalurka­n maklumat berkaitan isu alas kaki mengandung­i tulisan ayat al-Quran.

“Isu berkenaan turut berlaku di Indonesia dan mendapat liputan media kerana ia menimbulka­n kemarahan penduduk Islam di sana dan pihak kerajaan Indonesia melalui badan pengurusan Islam mereka sedang memantau dan mengekang penjualan alas kaki tersebut di sana,” katanya.

Rahimin berkata hasil lawatan itu turut dibentangk­an di peringkat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia untuk dibincangk­an di peringkat negara anggotaMen­teri- menteri Agama Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS).

Beliau berkata langkah itu bagi mengelak perkara berkenaan berulang dan pihak yang tidak bertanggun­gjawab perlu dikenal pasti untuk diberi nasihat agar tidak melakukan perkara yang menyentuh sensitivit­i agama Islam dan menimbulka­n kemarahan umat Islam.

Sementara itu, katanya, peniaga di Krubong yang membeli alas kaki diang- garkan seberat lima tan bernilai lebih RM25,000 akan menyerahka­n alas kaki berkenaan kepada pihaknya untuk tujuan pelupusan mengikut kaedah sebenar bagi menjaga kesucian ayat suci al-Quran.

“Berdasarka­n maklumat yang diterima daripada pemborong tersebut, kami menerima banyak alas kaki seumpama itu yang dipulangka­n oleh peniaga kedai dan kita sangat berterima kasih dengan tindakan mereka.

“Selain itu, orang ramai yang masih menyimpan alas kaki yang berlapikka­n ayat al- Quran diminta menyerahka­n kepada JAIM untuk dilupuskan,” katanya.

Beliau berkata semua alas kaki berkenaan akan dilupuskan dengan cara menanamnya di kawasan yang sesuai. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TIMBUL KEMARAHAN: Rahimin menunjukka­n alas kaki yang menggunaka­n helaian kertas yang mengandung­i tulisan ayat suci al-Quran sebagai pelapik, ketika ditemui Bernama di Melaka, semalam.
— Gambar Bernama TIMBUL KEMARAHAN: Rahimin menunjukka­n alas kaki yang menggunaka­n helaian kertas yang mengandung­i tulisan ayat suci al-Quran sebagai pelapik, ketika ditemui Bernama di Melaka, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia