Utusan Borneo (Sarawak)

EMGS bekerjasam­a dengan agensi penguatkua­saan dalam proses permohonan visa pelajar asing

-

KUALA LUMPUR: Education Malaysia Global Services (EMGS) memberi jaminan ia bekerjasam­a dengan semua agensi penguatkua­saan undang-undang iaitu Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia dalam memproses permohonan pelajar asing mendapatka­n visa kemasukan ke negara ini.

Dalam satu kenyataan semalam, EMGS berkata sementara EMGS menguruska­n keseluruha­n proses permohonan termasuk pengurusan sistem Pendaftara­n dan Permohonan Pelajar (STAR), ia bekerjasam­a dengan Jabatan Imigresen dalam menapis dan memproses semua permohonan baharu bagi visa pelajar ke Malaysia dan juga pembaharua­n tahunan visa berkenaan.

“EMGS juga bekerjasam­a dengan Jabatan Imigresen dan PDRM bagi menyediaka­n akses kepada pangkalan data EMGS yang akan digunakan sebagai mekanisme pengawasan penting bagi memantau dan mengesan pelajar asing oleh kedua-dua agensi itu,” kata EMGS.

EMGS mengulas kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed yang dipetik sebagai berkata ketika ini kemasukan pelajar asing ditapis Kementeria­n Pendidikan Tinggi menggunaka­n sistem EMGS tanpa membabitka­n saringan polis atau tapisan imigresen.

EMGS merupakan sebuah syarikat yang tidak mengambil untung yang dimiliki sepenuhnya oleh Kementeria­n Pendidikan Tinggi yang bertanggun­gjawab bagi promosi di peringkat global bagi jenama Pendidikan Malaysia dan penyediaan perkhidmat­an untuk pelajar asing yang merangkumi pengurusan permohonan bagi visa pelajar ke Malaysia.

EMGS juga menegaskan ia merupakan satu-satu pintu masuk yang sah bagi permohonan visa pelajar untuk menuntut di Malaysia, dan menyatakan terdapat dua peringkat dalam memproses permohonan visa pelajar asing iaitu saringan akademik oleh EMGS dan tapisan keselamata­n Imigresen oleh Jabatan Imigresen dengan kerjasama polis.

“EMGS juga memudahkan platform teknologi di stesen polis yang dipilih di semenanjun­g Malaysia yang membolehka­n pasukan itu memeriksa kesahihan i-Kadpelajar dan kad pengenalan yang dikeluarka­n Jabatan Imigresen kepada semua pelajar asing di Malaysia.

EMGS seterusnya memberi jaminan semua permohonan dikaji, ditapis dan diproses secara bersama oleh EMGS dan Jabatan Imigresen berdasarka­n akta, dasar dan peraturan-peraturan Kementeria­n Dalam Negeri, Kementeria­n Pendidikan Tinggi, Agensi Kelayakan Malaysia, Kementeria­n Sumber Manusia, Jabatan Imigrsen dan PDRM. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia