Utusan Borneo (Sarawak)

Lazada Malaysia tampil jenama terkenal dari China

‘Oriental Pavilion’ tawar Semir, QCY, Blueradio dan Puppyoo

-

KUALA LUMPUR: Lazada Malaysia, platform beli-belah dan jualan dalam talian, memperkena­lkan ‘Oriental Pavillion’, sebuah laman khas dalam lazada.com.my, bagi pelanggan Malaysia membeli produk jenama terkenal dari China.

Ketua Pegawai Eksekutif, Hans-Peter Ressel, berkata laman itu merupakan hasil usaha Lazada untuk memperkena­lkan jenama dari TMall.com, China, platform runcit dalam talian yang dikendalik­an Alibaba Group.

Beliau berkata, pelanggan Malaysia kini boleh membelibel­ah produk berasaskan pengguna berjenama dari China yang diidamkan seperti Semir, QCY, Blueradio dan Puppyoo sempena perayaan Tahun Ba- haru Cina tidak lama lagi.

“Setakat ini, 16 jenama telah berdaftar secara eksklusif dengan kita,” katanya kepada pemberita selepas majlis memperkena­lkan ‘Oriental Pavillion’ di sini, semalam.

Beliau berkata, pengenalan ‘ Oriental Pavillion’ adalah tepat pada waktunya memandangk­an pengguna kini mempunyai akses kepada produk berkualiti tinggi daripada jenama China pada harga yang berpatutan.

“Ini sekali gus membawa prospek yang memberangs­angkan untuk Lazada Malaysia memandangk­an kami akan terus menambah pengalaman pelanggan dan menawarkan beli-belah dalam talian terbaik seperti permulaan kami untuk 2017,” katanya.

Ressel berkata, Malaysia merupakan antara pasaran yang pantas berkembang di rantau ini dan sumbangann­ya semakin meningkat setiap bulan.

“Pelanggan tidak perlu bimbang mengenai kualiti produk yang ditawarkan kerana Lazada kerap melakukan pemeriksaa­n dengan peniaganya untuk memastikan mereka membeli barangan tulen,” katanya, dengan menambah, Lazada mempunyai 50,000 peniaga dalam pasaran Malaysia ketika ini.

Pelancaran ‘Oriental Pavillion’ adalah serentak dengan kempen Tahun Baharu Cina Lazada bertema ‘Deal Louder Than Rooster’ mulai 17 hingga 19 Jan, 2017 yang mana pelanggan boleh membeli produk pelbagai jenama dengan menikmati potongan sehingga 88 peratus.

Mengenai ketidakten­tuan ringgit, Ressel berkata, ia tidak memberi kesan kepada tabiat perbelanja­an rakyat Malaysia.

“Mereka masih sedia berbelanja dalam keadaan ekonomi sekarang kerana mereka memerlukan produk berkenaan.

“Sebenarnya apabila mereka membeli- belah dengan Lazada, kami membantu mereka lebih berjimat kerana kami berusaha mencari harga terendah dan terbaik untuk ditawarkan tanpa mereka perlu pergi ke pusat beli-belah atau mengalami kesesakan lalu lintas dan berbaris panjang untuk pembayaran,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? NAIK TARAF: Seorang model bergambar dengan kereta baharu Peugeot 2008 SUV Puretech selepas dilancarka­n oleh Anand di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama NAIK TARAF: Seorang model bergambar dengan kereta baharu Peugeot 2008 SUV Puretech selepas dilancarka­n oleh Anand di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia