Utusan Borneo (Sarawak)

BMW Malaysia catat pertumbuha­n jualan 16 peratus

-

KUALA LUMPUR: BMW Group Malaysia ( BMW) mencatatka­n pertumbuha­n jualan sebanyak 16 peratus pada 2016, menandakan tahun keenam berturut-turut syarikat tersebut mencatat prestasi cemerlang.

Dalam satu kenyataan, BMW berkata ia menjual 10,906 unit kenderaan BMW, MINI dan BMW Motorrad tahun lepas berbanding 9,368 unit pada 2015.

“Jenama BMW mencatatka­n peningkata­n 20 peratus pada 2016 dengan jualan 9,000 kenderaan BMW berbanding 7,515 kenderaan pada 2015.

Jenama MINI mencatatka­n pertumbuha­n 19 peratus dengan jualan 902 kenderaan berbanding 756 kenderaan tahun sebelumnya manakala BMW Motorrad dengan 1,004 motosikal pada 2016.

“Pencapaian yang memecahkan rekod ini adalah susulan daripada kejayaan BMW Group mencatatka­n prestasi jualannya terbaik pada 2016 dengan 2,367,603 kenderaan dijual di seluruh dunia,” katanya.

Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia Han Sang Yun berkata sokongan daripada pelanggan dan rangkaian wakil jualan yang berterusan dan semakin meningkat adalah faktor utama pencapaian tersebut.

Han berkata BMW akan memperkena­lkan dan memacu inovasi yang lebih banyak bagi industri automotif premium pada 2017.

“Langkah itu juga merupakan persiapan bagi inisiatif hab eksport ke Vietnam dan Filipina pada 2018 bagi varian BMW 3, BMW 5 dan BMW 7.

“Kita akan menyaksika­n peningkata­n kepakaran bagi keupayaan pemasangan dalam negara kepada lebih 10,000 kenderaan tahun ini berbanding lebih 7,000 kenderaan pada 2016,” katanya sambil menambah bahawa lebih RM10 juta dilaburkan setakat ini.

Menurut Han, pusat peng- edaran alat ganti (PDC) serantau yang baharu akan dibuka pada separuh kedua tahun ini di Taman Logistik Lapangan Terbang dalam Zon Perindustr­ian Bebas di Lapangan Terbang Antarabang­sa Senai, yang meliputi kawasan lebih 484,376 kaki persegi.

“Kemudahan RM130 juta tersebut akan menjadi antara kemudahan BMW yang terbesar di rantau ini.

“PDC baharu ini akan menggantik­an pusat pengedaran alat ganti sekarang di Zon Perdaganga­n Bebas, Pelabuhan Tanjung Pelepas di Johor dan dijangka dapat menyokong lebih daripada 22 negara di rantau ini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia