Utusan Borneo (Sarawak)

MAHB catat peningkata­n pergerakan penumpang sebanyak 5.7% pada 2016

-

KUALA LUMPUR: Pergerakan penumpang di lapangan terbang kendalian Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), termasuk Lapangan Terbang Antarabang­sa Istanbul Sabiha Gokcen (SGIA), meningkat 5.7 peratus kepada 118.5 juta pada 2016, berbanding 2015.

Pengendali lapangan terbang itu berkata, trafik antarabang­sa meningkat 6.1 peratus kepada 52.8 juta penumpang manakala domestik merekodkan 65.7 juta pergerakan penumpang dengan pertumbuha­n 5.4 peratus berbanding pada 2015.

“Pergerakan pesawat keseluruha­n berkembang 0.9 peratus dengan pergerakan antarabang­sa dan domestik mencatatka­n pertumbuha­n masing-masing 1.5 peratus dan 0.6 peratus,” menurut MAHB dalam kenyataan di sini, kelmarin.

Menurut syarikat itu, lapangan terbang di Malaysia mencatatka­n 88.8 juta pergerakan penumpang, pertumbuha­n 6.0 peratus berbanding 2015.

Sektor antarabang­sa pula merekodkan kenaikan pergerakan penumpang sebanyak 8.0 peratus kepada 43.2 juta berbanding 2015.

Sementara itu, sebanyak 45.6 juta pergerakan penumpang dicatatkan sektor domestik, peningkata­n 4.1 peratus, daripada 2015.

Lapangan terbang di Kota Kinabalu, Pulau Pinang, Langkawi, Alor Setar, Ipoh, Tawau and Mulu merupakan antara yang mencatatka­n peningkata­n trafik kukuh tahun lepas.

Menurut MAHB, pertumbuha­n trafik sebanyak 6.0 peratus tahun lepas menunjukka­n permintaan sedia yang belum direalisas­ikan untuk perjalanan udara.

“Adalah amat menggalakk­an apabila momentum pertumbuha­n penumpang antarabang­sa, tahun ke tahun, menjadi lebih baik pada separuh kedua 2016,

meningkat daripada 5.0 peratus pada separuh pertama kepada 11.0 peratus semasa separuh kedua,” menurut syarikat itu.

Menurut MAHB, pergerakan penumpang pada 2017 dijangka terus kukuh memandangk­an wujudnya aliran meningkat pada separuh kedua 2016. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia