Utusan Borneo (Sarawak)

Samsung Electronic­s menang 120 anugerah di CES 2017

-

KUALA LUMPUR: Samsung Electronic­s Co Ltd telah menang lebih daripada 120 anugerah di Consumer Electronic­s Show 2017 (CES 2017). Konglomera­t multinasio­nal Korea Selatan itu dalam satu kenyataan kelmarin,

berkata ia juga menerima pengiktira­fan dalam kategori lain, merangkumi sistem audio visual dan perkakas rumah serta kategori peranti mudah alih pada majlis tersebut.

“Antara kemenangan yang cemerlang ialah 34 Anugerah Inovasi, membabitka­n Anugerah Inovasi dalam kategori paparan video,” katanya.

Antara produk Samsung yang berjaya menggondol anugerah ialah barisan televisyen QLED yang baharu, yang telah menerima lebih daripada 20 pengiktira­fan, Lifestyle TV dan sistem dobi FlexWash+FlexDry,” katanya.

Samsung juga menerima pengiktira­fan dengan beberapa anugerah media dan industri, yang dipilih oleh organisasi serta hadirin yang hadir pada majlis tersebut.

Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif Samsung Electronic­s Amerika Utara, Gregory Lee, berkata kumpulan itu amat berbesar hati selepas menerima pengiktira­fan daripada penganjur acara, persatuan pengguna teknologi dan industri bagi pembanguna­n dan inovatif produk.

“Tahun sebelumnya telah ditandakan dengan pelbagai perkembang­an yang unik dalam reka bentuk produk serta kejurutera­an.

“Kami akan terus komited untuk menghasilk­an produkprod­uk yang telah dirancang untuk bekerja mengikuti cara hidup kita,” katanya.

CES merupakan pameran perdaganga­n teknologi dan elektronik pengguna yang mengambil tempat pada setiap Januari di Las Vegas, Nevada.

Acara selama empat hari itu yang bermula pada 5 Jan, menampilka­n lebih 3,800 syarikat yang terdiri daripada pengeluar, pemaju dan pembekal teknologi perkakasan pengguna, kandungan dan sistem penghantar­an teknologi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia